Tuesday, 20 September 2011

Artis Menjadi Idola Masyarakat Kini...

Assalamualaikum wbt kepada semua Ummat Islam yang sudi membaca topik yang akan dibicarakan pada hari ini iaitu " Artis Menjadi Idola Masa Kini"....Artis semakin menjadi pujaan masyarakat walaupun artis itu melakukan perkara yang tidak sepatutnya...dalam konteks ayat ini menyatakan bahawa pelbagai bentuk kesalahan yang dilakukan oleh artis kita pada masa kini ( tidak merujuk mana2x artis )...Contohnya apa??? banyak...iaitu..menghalalkan benda yang haram..tidak menutup aurat..bebas memegang/memeluk bukan Mahramnya...dan banyak lagi...

Berkenaan topik pada hari ini...sebelum itu mari kita lihat artis2x kita yang menjadi pujaan ramai sebelum ini membuat pengakuan (pendapat mereka) tentang pemakaian tudung..pakaian mereka..dan sebagainya..mari kita sama2x saksikannya...



hurmm..dah tengok?? dah dengar??? maaf la kalau tidak jelas..ambil dekat youtube..video ni dah lama sebenarnya..semua dah tahu rasanya..saja nak imbas kembali untuk menjadi contoh dan teladan kepada kita semua (UMMAT ISLAM)...

Mula2 kita ambik contoh artis yang pertama ini..lupa pula namanya...yang membicarakan tentang kewajipan memakai tudung...beliau menyatakan dia sanggup membuka tudungnya untuk memainkan dan menghayati watak dalam cerita yang diberikan...mula2x sekali nak tanya...adakah beliau ini memakai tudung itu kerana Allah ataupun dengan permintaan lakonan watak dalam cerita sahaja...memakai tudung ni adalah WAJIB kepada semua golongan HAWA...bagi di luar sana..yang mendedahkan Aurat..tutuplah aurat tersebut...peliharakanlah kehormatan diri dengan sebaik-baiknya..masih ada masa lagi untuk kita berubah..

Artis yang kedua...iaitu Watie...yang membicarakan tentang kewajipan berpakaian mendedahkan aurat...kalau kita dengar elok2x..kata beliau bukan perempuan yang tidak menutup aurat itu JAHAT..ye..memang betul..tetapi yang sebenarnya soal berpakaian dan menutup aurat itu menjadi keutamaannya sebenarnya...fikir-fikirkanlah ye...beliau menyatakan lagi..beliau memakai pakaian itu (tak menutup aurat) adalah permintaan daripada MAJALAH..MAJALAH???? disebabkan permintaan tersebut beliau sanggup mengadaikan maruah dirinya untuk memperomosikan kepada peminat..sebenarnya permintaan MAJALAH ataupun perintah ALLAH SWT yang sepatutnya kita ikuti...??? sudah semestinya ALLAH SWT... disebabkan kekufuran dan kejahilan tentang AGAMA...itulah jadinya kepada artis kita sekarang ni..yang menjadi pujaan sangat kepada masyarakat...

Artis kita yang ketiga...iaitu Rosnah Mat Aris..ni yang paling tidak disenangi aabila kita mendengar hujahnya..hurmm..beliau membiacarakan tentang UMUR..umur ketika berkahwin...yang paling tidak disenangi percakapannya yang menghina isteri RASULULLAH iaitu SITI KHATIJAH...beliau membezakan/membandingkan umur perkahwinannya dengan isteri nabi..beliau kata apa??? SITI KHATIJAH berkahwin dengan RASULULLAH semasa usianya 40 tahun dan RASULULLAH berusia 20 tahun..itu ok lagi..betul la dia cakap tu..tapi kita dengar ayat selepasnya..dia kata apa.."DAH NAK MAMPUS KE TIDAK TU"..kalau kita dengar..apa pandangan kita terhadap percakapan itu??? mestilah kita rasa kurang sopankan?? tapi yang peliknya..penonton/peminat di studio itu memberi sokongan apa yang diperkatakan oleh beliau..sedangkan perkataan itu jelas kasar bahasanya...apa yang diperkatakan itu seolah-olah isteri nabi tidak sedar diri..umur sebegitu nak kahwin muda...aduhaiiii artis zaman kita ni..apa nak jadi...sama2x kita renung2xkanlah....sebelum itu nak perkatakan juga beliau "menghalalkan benda yang haram"..beliau seperti menghalalkan suntikan BOTOX yang diharamkan oleh ISLAM..tapi dia kata apa??? dia suka dengan suntikan itu..hurmmm...

Dalil wajibnya menutup aurat
                Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

Allah Ta’ala juga menyebut di dalam al-Quran :
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60)

Seterusnya, Allah Ta’ala juga menyebut :
 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)

Ini ialah perintah yang turun dari tujuh petala langit kepada para wanita Muslimah supaya memelihara aurat dan kehormatan mereka. Dan hendaklah para wanita bersegera untuk menyahut seruan Allah ini kerana ia merupakan tanda keimanan, kehambaan serta kepatuhan kita kepadaNya. Ayat-ayat suci ini diulas dan diperincikan dengan lebih lanjut oleh hadis-hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam supaya para wanita memahami bagaimanakah untuk menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh agama dan bukannya menutup aurat mengikut syariat sendiri ataupun kemahuan sendiri. Hadis diatas juga adalah untuk menerangkan bahawa apa yang diperkatakan oleh artis kita diatas itu adalah tidak benar sama sekali...(=




Kesimpulannya...tidak semua artis yang sebegini..mana yang baik kita ambik..mana yang buruk kita jauhkan ok ^^..kalau kita lihat..ramai dah artis kita sudah menutup aurat..itu oklah dari artis yang masih tidak sedar diri kan??? sekurang-kurangnya berubah..walaupun sedikit2x lama2x kita akan sedar juga..InsyaAllah...moga2x atis kita semua mendapat hidayah daripada ALLAH SWT..InsyaAllah..
Keterangan ni bukan untuk mengaibkan sesiapa (artis) dan semua HAMBA ALLAH yang lain
(UMMAT ISLAM)...saya sendiri pun ada kelemahan dan kekurangan pada diri..bersama2xlah kita berubah ok..  =)
OKlah..sampai disini sahaja untuk hari ini..nak komen banyak2x takut hukum salah pula nanti..takut salah penerangan tentang hukum hakam...^^
SALAM'ALAIK...JUMPA LAGI..^^

Saturday, 10 September 2011

TABIAT WANITA DAN PERANGAINYA....

Assalamualaikum wbt semua...hari nie nak bercerita sedikit tentang TABIAT WANITA DAN PERANGAINYA..

Dipetik dalam hadis menjelaskan SIFAT dan FITRAH wanita itu dijadikan dalam keadaan banyak karenah dan gelagatnya..Secara umumnya, tindakan mereka banyak mempengaruhi oleh nafsu, berbanding akal..Manakala lelaki pula bertindak menggunakan atau berpandukan akal berbanding nafsu. Antara lain..dari sudut fizikalnya mereka adalah lemah-lembut,sopan-santun,pemalu, berbanding lelaki yang lebih kasar,bertenaga dan suka berterus-terang dan lebih lasak...Ini semua adalah hikmah kurniaan ALLAH yang melebihkan di antara satu sama lain...

 Wanita terkenal dengan hemah dan budi pekertinya yang penyantun dan mulia. Namun tidak semua wanita mempunyai sifat-sifat terpuji seperti mana yang di tuntut dalam Islam. Setiap insan yang dijadikan Allah SWT memiliki kelebihan dan kekurangannya. Maka terjadinya pelbagai watak dan tabiat wanita dalam pelbagai bentuk dan rupa. Meskipun sesetengah manusia mempunyai watak seperti haiwan, namun jika ia mendapat didikan dan agama yang secukupnya serta menyedari kekurangan serta kesilapannya, maka ia akan kembali ke watak WANITA sebenar seperti yang dituntut oleh Islam.

Hurmm...jika kita lihatlah pada masa kini..dunia sudah terbalik...tak percaya??? lihatlah dalam surat khabar ke...mahupun dalam dunia nyata...lelaki nak jadi perempuan..perempuan nak jadi lelaki...pasangan sejenis.. apa dah jadi??? mereka x bersyukur k HIKMAH yang ALLAH berikan kepadanya..hurm..banyak faktor yang mendorong berlakunya perkara tersebut..sama2xlah kita renung2xkannya...

Oklah..kita kembali kepada topik asal...^^ Islam sangat mementingkan martabat seseorang wanita..kerana apa??? seperti Hadis diatas..wanita merupakan insan yang peribadinya yang lemah lembut,bersopan santun yang dikurniakan oleh ALLAH..dan sebagaimana yang disyariatkan oleh ALLAH dan ISLAM..

Akhlak buruk (perangai)..seseorang wanita..akan merosakkan keharmonian rumah tangga
(apabila berkahwin)..dan menunjukkan wanita ini mempunyai akhlak dan perangai yang buruk... macam sekarang la..apabila seseorang wanita berperangai sedemikian..mulalah buah mulut dan fitnah keluar..lebih2x lagi wanita yang sudah berkahwin..dituduh curang dengan suami..melacur dan banyak lagi...itu baru wanita yang buruk akhlaknya kena fitnah...yang lebih teruk lagi...apabila wanita suci, berakhlak baik dituduh benda yang keji yang tidak dilakukannya..hurmm..


Terdapat 9 watak dan tabiat yang dinyatakan di dalam kitab muktabar. Namun ianya hanyalah perbandingan sahaja..tidak sekali-kali menyamakan kaum wanita dengan haiwan... : 

1. Tabiat Babi
Tabiatnya seperti tidak ubah seperti tabiat babi. Dalam soal makan dan minum mereka suka memecahkan piring dan pinggan mangkuk. Mereka juga suka keluar rumah tanpa meminta keizinan suami. Dan suka berjalan-jalan ke mana sahaja yang mereka suka. Mereka tidak mempedulikan urusan ibadat dan tidak suka menuntut ilmu dan suka melanggar perintah agama. Malah mereka tidak suka tunduk dan taat kepada suami.

2. Tabiat Kuda
Wanita yang bertabiat seperti ini suka memakai pakaian yang berwarna-warni seperti warna merah, kuning atau hijau supaya kelihatan menyerlah. Mereka suka memakai barang-barang perhiasan untuk bermegah-megah, seperti emas atau perak. Mereka juga tidak mahu kalah kepada suaminya.

3. Tabiat Anjing
Wanita yang bertabiat begini seorang yang sangat cerewet. Suka membebel, bersifat berani, melawan suami, membentak dan memaki hamun suami. Namun begitu dia seorang yang sangat setia kepada suaminya. Wanita penurut perintah suami, marahnya hanya untuk seketika sahaja.

4. Tabiat Ular
Wanita yang bertabiat seperti ular adalah seorang wanita pendiam dan pendendam. Mereka dapat menguasai suaminya, bila mereka bermusuh dengan seseorang. Suaminya akan dijadikan alat untuk menyerang musuhnya.

5. Tabiat Kala Jengking
Wanita yang bertabiat kala jengking suka menempel dan berkumpul sesama wanita lain. Hobinya suka memburukkan orang lain, biarpun suami atau keluarga saudara mara sendiri. Selain mengumpat mereka juga suka mengadu akan hal-hal orang lain. Dari sikap dan perangai mereka yang buruk itu juga boleh membuatkan orang lain berlaga sesama sendiri. Wanita seperti ini hanya suami yang sabar sahaja yang boleh hidup lama bersama mereka.

6. Tabiat Tikus
Wanita yang bersifat begini suka menyeluk poket suami, dan mereka dengan berani mengambil wang dari suami, walaupun tanpa mendapat keizinan daripada suami.

7. Tabiat Singa
Bersikap garang terhadap suami, namun mereka seorang yang pendiam tetapi seorang yang bersikap pengawal. Apabila diganggu, mereka akan melawan tanpa merasa segan dan silu.

8. Tabiat Kambing
Wanita yang baik dan soleh, taat kepada suami dan sayang kepada anak-anak. Mereka bersifat berkecuali, tidak mahu mencampuri urusan suami atau orang lain. Mereka suka berbakti kepada masyarakat dan taat kepada Allah SWT dan RasulNya.

9. Tabiat Ayam
Wanita yang bertabiat begini seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang anak-anak dan suami. Hidupnya tidak suka bermegah-megah, seorang wanita yang cukup taat kepada suami dan Allah SWT.
copy (tabiat2x wanita ini) di : http://tigosotigo.blogspot.com/2009/07/9-watak-tabiat-wanita.html 
(Pemuda Ahli Sunnah)

itu sahajalah untuk dikongsi pada hari ini...topik hari ini bukan untuk memperburuk-burukkan KAUM HAWA..tetapi untuk memberi penerangan dan untuk memberitahu apa yang baik..apa yang buruk sahaja...
KAUM ADAM juga banyak kebaikkan dan keburukannya...biasalah kita sebagai HAMBA ALLAH
(INSAN BIASA) .. banyak buat kesilapan terhadap-NYA...sama2x kita renungkan ok.. =)
sampai disini sajalah topik kita hari ni... InsyaAllah kita akan berkongsi Ilmu lain pula ok yang boleh menjadi petunjuk kepada kita semua (UMMAT ISLAM)
Salam'alaik...^^



Monday, 29 August 2011

SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN...^^

Assalamualaikum wbt kepada semua UMMAT ISLAM...semalam 29/8/2011 berakhir sudah BULAN RAMADHAN...tapi ini bukan bermakna untuk kita semua...lupa dengan amal IBADAH kita...jangan pula masa BULAN RAMADHAN sahaja kita melakukan AMAL IBADAH dengan bersungguh-sungguh ye...kita kena teruskan sahaja AMALAN itu....sama2xlah kita...^^

Anda semua sudah bersiap-siap untuk menyambut HARI RAYA??? saya pasti semuanya sudah bersedia..
yela kan..HARI RAYA ni siapa tidak seronok nak meraikannyakan...meraikan kejayaan kita menunaikan salah satu RUKUN ISLAM kita iaitu BULAN RAMADHAN(PUASA)...
tapi kita kena ingat...raya...raya jugak...tapi kita kena ingat...janganlah kita meraikannya berlebih-lebihan..biarlah bersederhana sahaja...^^
maksud disini..jangan meraikan dengan cara yang tidak sopan..tidak sepatutnya ok..^^

Time nak raya ni banyak kes-kes kemalangan...kes cedera kena mercun...dah jadi macam adat pula...
tapi kita kenalah berhati-hati...kalau nak main mercun..fikirlah dua tiga kali dulu k...sekarang ni pun dah lama x main sebab takuttt..hehe...
bila balik raya..pesanlah kepada ahli keluarga..pandulah dengan cermat..janganlah laju sangat..nak pergi mana laju sangat...kita tahu nak cepat balik kampung..tapi ingatlah orang tersayang..yang menunggu kita..pandulah dengan cermat..nanti sampai juga kat kampung halaman..bak kata orang...
' Biar perlahan , Asalkan selamat"...^^

oklah...esok 30/8/2011 hari raya bakal menjelang...selamat hari raya semua...kepada kawan2x saya...jika ada salah dan silap..harap dimaafkan..manala tahu..saya ada buat anda semua berkecil hati...makan hati..terasa hati kan...hati orang mana kita tahu..kekadang kita bergurau melampaui batas..kita tak fikir perasaan orang lain..
Dikesempatan ini..sekali lagi saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN...
ASSALAMUALAIKUM SEMUA...^^

Monday, 1 August 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN...^^

Kepada SAHABAT2X dan juga semua UMMAT ISLAM...SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.....hari/bulan yang kita nanti-nantikan oleh UMMAT ISLAM.....moga-moga BULAN RAMADHAN tahun ini DIBERKATI oleh ALLAH SWT....INSYAALLAH....AMINNN.........

 Di bulan RAMADHAN ini banyak dugaan yang kita hadapi...antaranya menahan nafsu kita...menahan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.....

Oleh itu...sama-samalah kita mempebanyakkan AMAL IBADAH....
(Solat Tarawih....Mengaji....Berzikir...dan lain-lain)......bila Bulan RAMADHAN berakhir nanti.....kita teruskan saja AMAL IBADAH tersebut....kadang2x kita lihat....masa bulan puasa saja orang kita
(ummat islam) barulah nak buat AMAL IBADAH dengan penuh Khusyuk....kalau hari2x biasa....bukan tak buat langsung...tapi kadang-kadang sahaja...itu lebih baik daripada tiada langsung...betul tak????? ^^

BULAN RAMADHAN ini kena ingat....pertama, jangan boros..tengok benda tu..benda ini..nak beli....yelah...bulan puasa...semua makanan kita tengok..semuanya kita nak...itu semuanya nafsu kita...
kedua, jangan berlebihan ketika berbuka puasa k....
dan ingat juga....sebelum memulakan makan...makanlah BUAH KURMA dan MINUM dahulu....^^

Itu sahajalah untuk hari ini.....apa yang dibicarakan hari ini bukan untuk UMMAT ISLAM sahaja...malah untuk DIRI SAYA SENDIRI....moga2x....AMALAN yang kita LAKUKAN semuanya DIBERKATI/DIREDHOI oleh ALLAH SWT...insyaallah...aminn...
SALAM'ALAIK....^^
SELAMAT BERBUKA PUASA!!!  ^^

Monday, 25 July 2011

lAMA TAK SENTUH BLOG.. =)

Hurmmm...dah lama tidak sentuh blog ni....bz dengan exam yang semakin dekat.....semakin hari..semakin dekat rasanya nak exam....takut je rasanya...tapi kita kena ingat...perasaan takut tu...janganlah sampai mengganggu pemikiran kita....asyik fikir exam je...memang bagus fikir benda tu...tetapi kalau fikirkan sangat benda tu...tension kita....

Nak ingatkan juga...study ni kita kena ikut kemampuan kita....kalau rasa dah tak larat...tak dapat masuk dah dalam otak tu...kita berhentilah mengulangkaji/membaca/membuat latihan....
otak kita bukan macam komputer...komputer ni boleh simpan banyak maklumat...manusia pun ada daya ingatan sesuatu...tapi tak semua manusia mampu meluahkan apa yang diorang ingat dan kadang-kadang maklumat (ilmu) tu akan hilang kalau kita tak praktiskannya....kita hanya INSAN BIASA...mudah lupa...^^

Semakin dekat exam ni...makin banyak pulak rasanya rintangan yang dihadapi....masalah itu...masalah ini...macam2xlah masalah....tapi sama aja macam kat atas ni...jangan membiarkan masalah2x tu menyelubungi fikiran kita yang menyebabkan terganggunya pembelajaran kita....kalau ada masalah pandai-pandailah kita mengawalnya...insyaallah...kalau kita pandai mengawal masalah tu dengan baik...insyaallah...kita dapat menanganinya....^^...ingat tu..hehe...


sebelum tu...nak ingatkan kepada anada semua...."Anda akan SUKSES walaupun ada orang yang TIDAK PERCAYA yang anda mampu lakukan....tapi anda tidak akan SUKSES jika anda TIDAK PERCAYA dengan DIRI SENDIRI..." dan "ORANG yang BERJAYA dalam HIDUP...adalah orang yang nampak TUJUANNYA dengan JELAS,MENJURUS kepadanya tanpa MENYIMPANG........ok...mungkin setakat ni sahaja...topik hari ini...untuk semua rakan-rakan yang akan menghadapi peperiksaan...SPM dan STPM...insyaallah...kalau kita berusaha...pasti akan membuahkan hasilnya....insyaallah...SALAM'ALAIK....^^

Saturday, 18 June 2011

ADAB-ADAB BERZIARAH

Assalamualaikum wbt..semua...dah lama tak sentuh blog nie..dalam 2 minggu rasanya..hehe....hurmm..tapi tak apa...hari ni nak bincang sikit la pasal adab-adab berziarah...anda semua mesti sudah tahu kan apa maksud berziarah???? berziarah nie datang/kunjung-mengunjungi ke rumah seseorang bertujuan untuk melawat..nak menyatakan/menanyakan khabar kepada rumah yang kita hendak hadiri...
Apa tujuan kit berziarah???? kerana berziarah ni dapat kita mengeratkan silaturrahim dan saling bermaafan...bukan bertujuan untuk membanding-bandingkan dengan rumah kita...memperagakan pakaian kita..menunjuk-nunjuk barang perhiasan.

Berziarah nie sememangnya dituntut oleh ISLAM...tidak salah untuk kita berziarah..tapi kita kena tahu had dan batasannya ketika berziarah...

ADAB-ADAB SEBELUM BERZIARAH....

- Memilih masa yang sesuai..masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi,  bukan keselesaan pihak anda.
- Memakai pakaian yang sopan (menutup aurat)
- Berniat pertemuan dan perpisahan kerana ALLAH


ANTARA ADAB-ADAB BERZIARAH ,pertama sekali mestilah memaklumkan terlebih dahulu kepada tuan rumah...oleh itu tuan rumah dapat bersiap sedia dahulu sebelum tetamu hadir ke rumahnya..masa itu juga kita dapat tahu adakah masa yang kita hendak berziarah itu , adalah masa yang sesuai...

Kedua..sekali semasa kita datang/sampai ke rumah seseorang..samaada rumah kawan,saudara-mara atau rumah sendiri pun...hendaklah kita mengucapkan(memberi) salam terlebih dahulu sebelum memasuki rumah tersebut...yela..bukan kita nak main masuk aja kan rumah orang..tu tak beradab namanya....ingat tu!!!

Ketiga...mestilah bersalam-salaman dengan tuan rumah dan semua ahli dalam rumah tersebut (kecuali bukan muhrim kita)...semasa bersalam-salaman tu..sambillah kita menanya khabar...menunjukkan kita mengambil berat terhadapnya...tuan rumah akan berasa gembira...

keempat....masuk ke dalam rumah setelah dijemput oleh tuan rumah dan kita meminta izin untuk masuk ke rumah itu.....kalau tuan rumah tak bagi tu..janganlah berkecil hati..mungkin ada sebab tertentu yang menghalang...mungkin dia ada kerja...ada masaalah...jadi kita kena faham la....

kelima...tidak memaksa tuan rumah menerima kedatangan kita....kita tidak boleh memaksa tuan rumah kerana macam tadi juga...mungkin ada perkara yang menghalang...mungkin waktu itu....waktu untuk tuan rumah hendak berehat bersama keluarga...

keenam..ketika bertamu , pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh tuan rumah...sebagai contoh...kita terus sahaja masuk ke dapurnya untuk minum dan sebagainya...nampak macam tak beradap...walaupun tuan rumah tu kawan rapat kita ke..pak cik kita ke..kita juga kena jaga adab bertamu tersebut....

akhir sekali..sebaik-baiknya jangan kita bertamu ke rumah orang lebih dari tiga hari ataupun berjam-jam lamanya....kenapa???? mungkin tuan rumah tersebut kurang selesa untuk berehat bersama keluarga di rumah jika ada tetamu...mungkin juga nak menjaga rahsia/maruah kerana mungkin masa itu ada masalah yang ingin diselesaikan bersama keluarga...berkaitan dengan berjam-jam bertamu itu maksudnya mungkin masa untuk tuan rumah nak berehat..nak tidur...nak buat kerja...kalau tetamu lama-lama sangat kat rumah , macam mana nak lakukan semua tu....yang penting sekali ,tetamu kenalah faham...

ANTARA CARA MENGUNDANG TETAMU...pertama sekali mestilah mengundang orang yang soleh dan tidak melakukan maksiat...jika bercanggah dengan ini..maka perbuatan maksiat akan berlaku...

Kedua...tidak mengkhususkan tetamu kepada orang kaya sahaja...ISLAM tidak menetapkan golongan kaya sahaja yang boleh berziarah.....tak kira harta dan pangkat..semuanya boleh..tiada penghalang....

Ketiga...tidak mengundang tetamu dengan tujuan untuk berbangga...ISLAM melarang kita bermegah-megah dan berbangga-bangga dengan apa yang kita miliki..lagikan menjemput tetamu datang ke rumah untuk menunjuk-nunjuk harta...

Akhir sekali...tidak mengundang orang yang jelas tidak dapat memenuhi undangan seperti orang sakit tenat dan sebagainya...yela..dah tetamu yang dijemput itu sakit tenat..tak berdaya nak datang..bukan kita nak paksa pula...sepatutnya kita yang pergi ke rumahnya untuk menziarahi dan melawatnya..memberi sokongan kepadanya....itu sebenarnya..

Itu sahaja untuk hari ini..semoga kita semua dapat mengambil peringatan ketika dan selepas berziarah...jagalah adab-adab kita sebagai tetamu.....ingatlah....kita tidak boleh berziarah ke rumah seseorang itu pada masa yang tidak sesuai (sebelum subuh...waktu tengahari..waktu malam selepas Isyak)....kalau tuan rumah yang bagi laluan nak buat macam mana..tetapi pandai-pandailah kita...jangan terlalu lama berziarah....
itu sahaja peringatan untuk hari ini...
Assalamualaikum wbt...^^

Thursday, 9 June 2011

CUTI SEKOLAH BUKAN MACAM DULU2X.....^^

Assalamualaikum wbt semua...Hurm...tinggal lagi 4 hari kita cuti sekolah....tapi kenapa cuti nie aku rasa lama sangat.....
rasa macam cuti lebih dari 2 minggu....haha....lama sesangat rasanya....tak tahu nak buat apa cuti nie....
menghabiskan masa dalam bilik...buat keje skit2x...tengok apa2x movie dalam lap top...layan facebook....tidur..makan.....
bersihkan rumah (mak suruh..haha)...
tu la yang selalu aku lakukan time cuti nie....skrang nie ada dekat Rumah aku kat Marang , Terengganu.....
Insyaallah..kalu jadi lepas STPM aku sekeluarga pindah sana...Insyaallah..kalu jadi la....hehe
sunyi je...tak macam dulu...tak semeriah macam time kecik2x dulu...terkenang dekat arwah datuk dan nenek belah mak dengan ayah....
Sekarang nie pun...sedara mara tak ramai kat sana...yela..usia makin meningkat...semuanya ada hala tuju masing-masing...time cuti pun kekadang je dapat berkumpul ramai-ramai....tak macam dulu....
tapi takpe lah....nanti kita semua berkumpul balik membawa kejayaan masing-masing..Insyaallah.....
tapi kita kena ingat....bila kita berjaya....kita tidak boleh lupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa kita yang mendidik kita sejak kecil lagi...jangan jadi macam '' KACANG LUPAKAN KULIT ''..tulah peribahasa yang selalu kita dengar dari dulu..haha...sebab apa kita tak boleh macam tu?????
Sebab..kita ni hanya INSAN BIASA....makhluk yang dijadikan oleh Allah....kita tak boleh berbangga sangat dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita....maksudnya bukan tak bersyukur dengan nikmat-Nya...tapi kita tak boleh menunjuk-nunjuk dan berlagak sombong dengan kelebihan itu...kita hanya perlu bersyukur apa yang kita miliki....
Kejayaan...Kekayaan...Kemewahan....dan lain2x..semuanya nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita...
Syukran Ya Allah....nie hanya tazkirah sahaja sikit2x..hehe....

hurm...memikirkan hari persekolahan yang makin hampir....STPM makin hampir rasanya.....
buku semua dah habis ulang kaji k??? dah bersedia k???? semuanya terletak di tangan kita.....kita sahaja yang tahu.....makin takut pun ada...tapi kebanyakan orang cakap kita tak boleh biarkan perasaan takut tu memenuhi kita...nanti akan menjejaskan ketika belajar...mahupun masa menjawab peperiksaan nanti.....
kita hanya perlu berdoa dan mesti ada usaha sekali.....Insyaallah...boleh!!! (:

Apa-apa pun...semua kawan-kawan saya yang akan menghadapi peperiksaan STPM ataupun di mana-mana Universiti , kolej , Maktab ataupun Politeknik...lakukanlah yang terbaik....kalu kita berusaha bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasil yang baik juga...Insyaallah.....

Itu sahaja la untuk hari ni...moga-moga kita semua menempuhi kehidupan ini dengan penuh kenikmatan...dan kemuliaan...Insyaallah....dan sebelum tu..sekali lagi..
kita mesti ingat kita hanyalah INSAN BIASA....
SALAM'ALAIK......(: