Thursday, 1 May 2014

" Hanya PadaMu" LAGU NASYID NUKILANKU

Assalamualaikum wbt semua yang hadir dalam blog saya ini.. Diharapkan anda2 semua SIHAT dan SEJAHTERA SENTIASA.. SALAM REJAB kepada semua UMAT ISLAM.. Semoga bulan ini memberi IMPAK dan PERUBAHAN BARU dalam diri anda semua untuk menjadi LEBIH BAIK dari bulan2 sebelumnya termasuklah DIRI SAYA juga In Shaa Allah Aamiin!! Sudah agak lama saya tidak meng'UPDATE' blog ini.. Hari ini saya hanya nak berkongsi LIRIK LAGU NASYID HASIL NUKILAN saya sendiri yang ber'JUDUL' "Hanya PadaMu".. LIRIK2 dalam lagu ini tidak ditujukan kepada sesiapa samaada masih hidup, mahupun yang sudah tiada.. Hanya berdasarkan LAKARAN HIDUP MANUSIA yang pastinya akan DIALAMI..

Pada masa yang sama, saya dalam proses mempelajari BIDANG MUZIK, iaitu BERMAIN GITAR.. Selain kita SOLAT, MENGAJI, MELIHAT ALAM CIPTAAN ALLAH SWT, MENDENGAR ALUNAN MUZIK dan LAGU juga dapat MENENANGKAN JIWA dan HATI.. Satu sahaja PESANAN buat DIRI, INGAT jangan sampai MELEKAKAN dan MELALAIKAN diri ini.. Kena PANDAI BAHAGIAKAN MASA.. Ada masa untuk kita BERHIBUR dan ada masa untuk kita BERSAMA2 dengan ALLAH SWT..

Jom HAYATI dan FAHAMKAN BAIT2 LAGU yang cuba saya sampaikan kepada anda semua.. Lirik yang SIMPLE sahaja.. In Shaa Allah jika ada rezeki, saya akan MENCIPTA LAGU2 NASYID sebanyak mungkin untuk TUJUAN DAKWAHKU suatu hari nanti Aamiin!!

 
lirik: Farid Naim
composer: Farid Naim
lagu: Hanya PadaMU
 
* Tika ku HILANG seseorang yang ku CINTA..
Hanya mengingatiMU YA ALLAH..
AgarMU bias MENJAGAnya UNTUKKU..
Kerna aku TAHU, diriku masih MENCINTAINYA..
 
Tiada yang SEMPURNA di kalangan MANUSIA..
Aku BERSYUKUR di atas PERTEMUAN itu..
Kerna aku TAHU, itu PERCATURAN dariMU..
Kerna aku TAHU, itulah yang ditetapkanMU..
 
(CHORUS)..
 
SESUNGGUHNYA aku MELETAKKANNYA..
DI bawah jagaanMU YA ILAHI..
Kerna aku TIDAK MAMPU untuk PERTAHANKAN..
Dari KEHILANGANNYA..
 
Hanya padaMU tempatku MENGADU KASIH..
Hanya padaMU tempatku BERGANTUNG HARAP..
Kerna ENGKAU sahajalah MAHA MENGETAHUI..
Di atas SEGALA SESUATU..
 
(*)..
 
Tika ku HILANG seseorang yang ku CINTA..
Hanya mengingatiMU YA ALLAH..
AgarMU bias MENJAGAnya UNTUKKU..
Kerna aku TAHU, diriku masih MENCINTAINYA..
 
SESUNGGUHNYA aku MELETAKKANNYA..
DI bawah jagaanMU YA ILAHI..
Kerna aku TIDAK MAMPU untuk PERTAHANKAN..
Dari KEHILANGANNYA..
 
Tiada yang SEMPURNA di kalangan MANUSIA..
Aku BERSYUKUR di atas PERTEMUAN itu..
Kerna aku TAHU, itu PERCATURAN dariMU..
Kerna aku TAHU, itulah yang ditetapkanMU..
 
Hanya padaMU tempatku MENGADU KASIH..
Hanya padaMU tempatku BERGANTUNG HARAP..
Kerna ENGKAU sahajalah MAHA MENGETAHUI..
Di atas SEGALA SESUATU..
 

 
 

 Itu sahaja untuk PERKONGSIAN hari ini.. BARAKALLAHU FIIK.. FI HIFZILLAH kepada semuanya In Shaa Allah.. Salam'Alaik.. JAZAKALLAHU KHOIR.. ^^

Monday, 4 November 2013

SALAM MAAF HIRJAH

Assalamualaikum wbt semua.. lama sudah tidak MENGUPDATE BLOG ini.. tapi tidak mengapa.. itu tidak menghalangku untuk MENYAMBUNG KEMBALI MENULIS NUKILAN untuk anda semua terutamanya untuk diri juga..
 
APA KHABAR ANDA SEMUA?? SIHAT?? ALHAMDULILLAH.. JAGALAH KESIHATAN anda semua ok.. kalau TAK SIHAT jangan RISAU.. SEBAB APA?? ALLAH SWT SENTIASA MENGINGATI KITA dan MENYAYANGI DIRI KITA.. ALHAMDULILLAH :')
 
DIKESEMPATAN ini.. saya ingin MENGUCAPKAN SALAM MAAF HIJRAH kepada SELURUH UMAT ISLAM.. SEMOGA MAAL HIJRAH kali ini bawa satu SIGNIFIKASI HEBAT BUAT DIRI SAYA KHASNYA.. BANYAK yang perlu DIUBAH dan DIPERBAIKI, DIRI INI SERBA SERBI KEKURANGAN.. Seperti biasalah AZAM setiap kali HADIRNYA MAAL HIJRAH bergantung ATAS NIAT NAWAITU ANDA MASING-MASING.. SEMOGA DAPAT MENCAPAI MATLAMAT yang DIINGINKAN dan LEBIH BAIK daripada YANG SEBELUMNYA insyaALLAH AAMIIN.. 
 
 
 
 
AZAM MAAL HIJRAH saya TAHUN ini INGIN MENJADI MUSLIM yang LEBIH BAIK, MENJADI ANAK yang LEBIH SOLEH kepada KEDUA MA ABAH saya daripada SEBELUM ini, dan MENGHAFAL AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN insyaALLAH AAMIIN.. NIATKAN SEMUANYA kerana ALLAH SWT.. DOAKAN saya KAWAN2 SEMUA.. SAYA MEMERLUKAN DOA daripada ANDA SEMUA :') 
 
Kalau NAK DIIKUTKAN BANYAK LAGI AZAM lain.. tetapi kalau DISENARAIKAN SEMUA pasti PENING SEMUA ANDA SEMUA MEMBACA HEHE.. Tapi YANG PALING PENTING dan UTAMA.. SEMPENA HIJRAH ini DOA BANYAK2 untuk MENJADI HAMBA ALLAH SWT LEBIH BAIK daripada SEBELUMNYA.. ALLAH SWT SENTIASA ADA dengan kita.. 24JAM BERSAMA2X kita.. SETIAP MASA KITA BOLEH BERINTERAKSI denganNYA ALHAMDULILLAH SENANTIASA BERISTIQAMAH.. Cuma kita sahaja JADIKANNYA SUSAH.. NAK atau TAK NAK sahaja untuk BERUBAH.. HATI (NAWAITU) kita yang MENETAPKANNYA.. FIKIR2KANLAH BERSAMA.. Hurmm lupa nak TAMBAH AZAM lagi satu.. apa itu? perlu SENYUM.. SENYUM SENANTIASA dan SENYUM apabila MEMANDANG ORANG LAIN insyaALLAH AAMIIN :')
 
DIKESEMPATAN ini juga SAYA dengan SERENDAH-RENDAHNYA HATI ingin MEMOHON MAAF kepada anda semua SAHABAT-SAHABAT SEISLAM saya mahupun BUKAN ISLAM.. Jika selama KITA BERKENALAN, BERBORAK BERSAMA, BERKONGSI MASALAH BERSAMA dan SEMUALAH.. MAAF ANDAI KATA ADA KERTELANJURAN KATA, MENGGURIS HATI ANDA SEMUA, TERPUKUL ANDA, TERSALAH AMBIL BARANG ANDA, HALALKAN MAKAN MINUM dan SEMUALAH SALAH SILAP.. MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI.. SAYA CUMA INSAN BIASA YANG LEKA dan SELALU MELAKUKAN KESILAPAN dan KESALAHAN.. MAAFKAN SAYA TIDAK SEMPURNA ini HURMM :'(
 
SALAM'ALAIK SEMUA HURMMM :'(

MY HOBBY IS COOKING!!

Assalamualaikum wbt semua.. ALHAMDULILLAH masih DIBERI KESEMPATAN dan NYAWA untuk MENERUSKAN PERJUANGAN SEBAGAI HAMBA ALLAH SWT di MUKA BUMI ALLAH SWT ini.. ALHAMDULILLAH SYUKUR kepadaNYA AAMIIN :')
 
HARI ni nak BERKONGSI dengan ANDA SEMUA tentang AKTIVITI HARIAN saya di RUMAH SELAMA CUTI SEM 3 ini.. MAKLUMLAH DUDUK RUMAH aja JADI ORANG GAJI hehe.. BIASALAH dah LEKAT dekat RUMAH seperti BIASA MENGGEMUKKAN BADAN.. tapi TAK GEMUK-GEMUK pun heee..
 
SEJAK KEBELAKANGAN ini saya suka SANGAT MEMASAK.. dah JADI MACAM HOBBY dan AKTIVITI HARIAN saya di RUMAH.. Nampak DAPUR aja.. BUKA PETI AIS.. tengok BAHAN APA YANG ADA.. FIKIR NAK MASAK APA.. SERONOK tau MEMASAK ni SEBENARNYA.. SELALUNYA kita DENGAR " ALARHH KEJE MEMASAK NI KERJA WANITA SAHAJA".. BETUL TAK SAYA CAKAP ni??? BETUL KAN??? hehe.. SEMUA itu SALAH SEBENARNYA.. LELAKI pun BOLEH MEMASAK.. NANTI SENANG la untuk MASA DEPAN.. FAHAM kan MAKSUD saya ni?? =)
 
ni antara MASAKAN saya.. NAMA MAKANAN INI SEMUANYA BERTEMAKAN "MASAKAN VERSI ORANG BUJANG" hehe.. yela BELUM BERKAHWIN lagi.. DAH BERKAHWIN SAMA2LAH MEMASAK dengan PASANGAN ANDA.. TAK SWEET gitu?? hehe insyaALLAH AAMIIN.. CAKAP ni BUKAN GATAL nak KAHWIN tetapi untuk PERINGATAN BERSAMA =)
 
 
 
 
 
 
 
 
INILAH GAMBAR2 HASIL MASAKAN SAYA ALHAMDULILLAH =) BERANGAN JADI MASTER CHEF SEKEJAB HEHE ^^
 
Itu sahaja nak BERKONGSI dengan ANDA SEMUA HARI ini.. SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI YANG SEBELUMNYA AAMIIN insyaALLAH =)
 
SALAM'ALAIK SEMUA..
 
 
 

 

Sunday, 25 August 2013

KEDATANGAN AHLI BARU DALAM KELUARGA.. ALHAMDULILLAH!!! =)

Assalamualaikum wbt semua..sudah lama saya tidak update blog ni.. yela sibuk dengan asigment dan kerja2x semua.. diharapkan anda2x semua SIHAT dan SEJAHTERA.. tapi xpe..hari ni nak berkongsi la KEGEMBIRAAN saya ni mendapat anak buah...hehe.. AHLI BARU dalam keluarga ^^

Anak buah saya ni dilahirkan pada hari SABTU..bersamaan 17/8/2013, 10 SYAWAL 1434 H pada JAM 6.30 A.M..
Alhamdulillah Kak Long dapat melahirkan anaknya dengan selamat..Alhamdulillah..^^
Anak buah saya ini akhirnya diberi nama FAWWAZ HAMDI BIN AHMAD FADZLI ROHIMI.. anak buah saya ni dah seminggu dah..tapi baru nak post..yela..lama x buka blog ni..kalau ikutkan pagi tu jugak nak post..sebab gembira sangat kan!! orang kata apa..xcited..haha..lebih-lebih pulak..haha..biasala.. kalau korang dapat anak buah..sama juga macam saya kan??? jangan tipu la hee..^^

Nak tengok gambar anak buah saya tu...??? tengok gambar di bawah ni..^^




                                       comel tak.. macam AYAH TEH dia kan kan hee??????? ^^

TAK SABAR nak pi TENGOK hee.. TUNGGU AYAH TEH eah FAWWAZ hee.. ok la..apa-apa pun..nak ucapkan TAHNIAH la dekat Abang Long dan Kak Long saya.. bermulalah tanggungjawab yang perlu digalas dengan baik...saya mendoakan keluarga Abang Long saya menjadi lebih ceria dan bahagia apabila mendapat tambahan ahli baru dalam keluarganya...dan mendoakan semoga Along menjadi bapa yang SOLAH..dan Kak Long menjadi ibu yang SOLEHAH..aminn..InsyaAllah..^^

TAK SABAR PULAK NAK ADA ANAK SENDIRI heee.. insyaALLAH MASA AKAN DATANG AMINNNN ='))

itu sahaja untuk hari ni..insyaAllah saya akan membicarakan dan berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk hari seterusnya ok..insyaAllah..
jumpa lagi dalam blog ni..Salam'alaik..

Saturday, 1 June 2013

TUGAS " KAUNSELINGKAN " ORANG BUKANNYA MUDAH 2

Assalamualaikum wbt kepada semua RAKAN2X yang SUDI SINGGAH  di BLOG saya.. MOGA-MOGA anda semua BERADA dalam KEADAAN yang SIHAT dan SEJAHTERA.. insyaALLAH.. ALHAMDULILLAH kita masih DIBERI PELUANG untuk MENERUSKAN KEHIDUPAN sebagai MANUSIA.. Semoga PELUANG ini kita SEBAGAI UMMATNYA MENAMBAHKAN PAHALA dan MENGURANGKAN perkara-perkaa NEGARIF.. INGATAN untuk DIRI SENDIRI dan SEMUA ^^

Sudah AGAK LAMA tak meng"UPDATE" BLOG ini..hari ni NAK BERKONGSI SEDIKIT tentang PENGALAMAN2X KAUNSELINGKAN ORANG sepanjang MENJADI PELAJAR KAUNSELING ^^

Sepanjang menjadi PELAJAR KAUNSELING..
PELBAGAI CABARAN yang DIHADAPI..
dalam SITUASI yang BERBEZA..

1) DI BUS STAND MASJID TANAH
- TENTANG KETUHANAN

2) DI DALAM TEKSI OTW BALIK RUMAH SEREMBAN
- TENTANG JIHAD

3) DI MASJID NEGERI, NEGERI SEMBILAN ( TIME SOLAT JUMAAT )
- AYAH YANG SAKIT, DITINGGALKAN dan DIBIARKAN OLEH ANAKNYA

NAK TAHU ??? JOM SAMA2X BACA KISAH ini ^^



1) DI BUS STAND MASJID TANAH
- TENTANG KETUHANAN




TUGAS untuk KAUNSELINGKAN orang...
BUKANNYA MUDAH... ^^
TUGAS PERTAMAKU KAUNSELINGKAN orang...

di BUS STAND MASJID TANAH MELAKA... Tengah MENUNGGU BAS untuk ke ALOR GAJAH...TIBA2X datang SEORANG PAK CIK...
KEARAHKU... di situlah BERMULANYA TUGAS saya untuk KAUNSELINGKANNYA...



BANYAK SOALAN yang MENCABAR dan MENGUJI DIRI ini... nak tahu apa SOALAN yang DITANYA OLEHNYA kepada saya??

1) kenapa adik TAHU ALLAH SWT itu MAHA SATU ????    
    TIADA TUHAN lain ke selain  daripada-Nya ???
2) BAGAIMANA nak HILANGKAN RASA PANAS TERIK ketika   
    BERJALAN2X ????
3) ADAKAH ALLAH SWT itu MAHA BERKUASA ????
4) DI SYURGA ada BIDADARI ????
5) SYURGA ni ADA atau TIDAK ????
6) KENAPA HIDUP di DUNIA ini SANGAT BOSAN ????


itu SAHAJALAH yang saya INGAT... ADA lagi RASANYA... tetapi LUPA... APA2XPUN ALHAMDULILLAH saya BERJAYA untuk CUBA SELESAIKANNYA... SEHINGGAKAN dia PERCAYA...
ALHAMDULILLAH... AMINNN... AKHIRNYA SEBELUM NAIK BAS untuk ke ALOR GAJAH... DIA MEMINTA saya MENDOAKANNYA... ^^ INSYAALLAH... SEMOGA PAK CIK BERJAYA DI DUNIA dan DIAKHIRAT...
INSYAALLAH.. AMINN... RASA macam NAK BERPELUH nak MENJAWABNYA..HAHA





2) DI DALAM TEKSI OTW BALIK RUMAH SEREMBAN
- TENTANG JIHAD

Ketika DUDUK seorang diri dan dapat TAHU, MA saya tidak dapat mengambilku di BUS STAND TERMINAL ONE SEREMBAN.. Lalu aku MENUJU kearah SEORANG PEMANDU TEKSI untuk PULANG ke RUMAHKU.. MASUK sahaja di dalam TEKSI itu BERMULALAH satu cerita.. PEMANDU TEKSI itu (lupa namanya), CINA MASUK ISLAM, ORANG NEGERI SEMBILAN.. dia MEMUJIKU bahawa SAYA PENUMPANG yang PALING BERBEZA antara PENUMPANG-PENUMPANGNYA yang lain.. Disebabkan MELIHAT KAREAKTER DIRIKU dan BOLEH BERKONGSI CERITA.. tetapi BAGIKU DIRIKU HANYA INSAN BIASA yang TERLALU LEMAH DISISINYA ='((



Kita sambung kembali berkaitan SOALAN dan PERBINCANGAN tentang JIHAD di dalam TEKSI itu sepanjang PERJALANAN MENGHANTARKU ke rumah.. JIHAD di NEGARA PALESTIN.. SEDIH melihat ANAK-ANAK PALESTIN BERJUANG MEMPERTAHANKAN NEGARA MEREKA daripada KEKEJAMAN ISRAEL LAKNATULLAH.. PERSOALAN yang DIBINCANGKAN adalah KITA DI SINI.. hanya MAMPU MELIHAT dan MENDENGAR.. ADAKAH KITA SANGGUP MEMPERTAHANKAN NEGARA KITA jika BERLAKU SEDEMIKIAN?? ADAKAH KITA BERANI SEPERTI ANAK-ANAK PALESTIN DI SANA?? SAMA-SAMA KITA RENUNG-RENUNGKAN..

Pemandu teksi itu berkata JUJURNYA kalau DIRINYA SENDIRI dia SANGAT-SANGAT TAKUT  dan TIDAK BERANI jika BERLAKU KEADAAN SEPERTI itu.. SOALAN yang DITUJUKAN dan DIBINCANGKAN kepadaku antaranya ialah :-

1) MACAM MANA NAK TIMBULKAN RASA TIDAK TAKUT APABILA BERLAKU 
    KEADAAN   SEPERTI ITU??
2) BAGAIMANAKAH TENTERA2X DI NEGARA YANG TIDAK MENGALAMI 
    PEPERANGAN?? ADAKAH JIKA DI MENINGGAL DUNIA NANTI AKAN DIKIRA 
    JIHAD??

JAWAPANNYA BERDASARKAN PADA NIAT HATI.. Kita BUKAN MAHU BERPERANG tapi KITA TANAM NIAT dalam HATI KITA UNTUK MEMPERTAHANKAN TANAH AIR KITA.. MEMPERTAHANKAN HAK ISLAM AGAMA KITA!!! InsyaALLAH jika kita TERKORBAN DI MEDAN itu akan diterima SEBAGAI JIHAD jika dengan izinNYA AMINNN ='))



Persoalan tentang TENTERA2X itu juga BERDASAR NIATNYA.. Misalnya TERKORBAN ketika MEMPERTAHANKAN dan MENTELAMATKAT RUMAH TERBAKAR, ROMPAKAN AWAM dan sebagainya.. insyaALLAH akan diterima SEBAGAI JIHAD jika dengan izinNYA AMINNN.. sebab apa?? sebab TERLETAK PADA NIAT MURNINYA untuk MEMPERTAHANKANNYA ='))

Apabila TIBA di rumahku, beliau MENGATAKAN  TIDAK PUAS untuk BERKONGSI denganku dan insyaALLAH AKAN BERJUMPANYA lagi.. ALHAMDULILLAH =')) selepas itu beliau MEMURAHKAN HARGA untuk DIBAYAR atas TAMBANG TEKSINYA..  ='))



3) DI MASJID NEGERI, NEGERI SEMBILAN ( TIME SOLAT JUMAAT )
- AYAH YANG SAKIT, DITINGGALKAN dan DIBIARKAN OLEH ANAKNYA

Ketika BERJALAN KAKI dari TERMINAL ONE menuju KE MASJID NEGERI, NEGERI SEMBILAN.. mengambil masa LEBIH KURANG 10 MINIT ingin MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT.. Sampai di MASJID NEGERI, MENGAMBIL WUDHUK laluku MENCAPAI AL-QURAN untuk membacanya sementara MENUNGGU KHUTBAH JUMAAT.. TIDAK SEMPAT untukku MEMBACA SATU MUKA SURAT AL-QURAN, DATANG SEORANG LELAKI TUA KEARAHKU.. Bermulalah satu cerita di situ lalu ku TUTUP AL-QURAN.. Beliau MENYATAKAN di SAKIT tetapi ANAK-ANAK MEMBIARKANNYA.. Beliau TIDAK ADA DUIT untuk PULANG KE RUMAHNYA.. hanya BERGANTUNG kepada ANAK PEREMPUANNYA SAHAJA yang MENJAGA MAKANNYA SELAMA ini.. ANAK-ANAK LELAKINYA MASING2X MENGHILANGKAN DIRI dengan ISTERI2X KESAYANGAN MEREKA.. Beliau datang ke rumah anak-anak lelaki mereka dan mereka dapat tahu.. mereka akan keluar dari rumah sehinggakan ayahnya tak ada di siti hurmmm ='(( 



PERSOALANNYA di sini.. DIMANA LETAK KASIH SAYANG dan TANGGUNGJAWAB mereka sebagai ANAK-ANAKNYA.. SUSAH PAYAH, PENAT LELAH MENJAGA MEREKA  dari KECIL hingga BERUMAHTANGGA.. inilah HAKIKATNYA ZAMAN SEKARANG.. MINTA2X kita DIJAUHKAN.. kita SAYANG IBU BAPA kita, Kita JAGA IBU BAPA kita, Kita HORMAT IBU BAPA kita dan apa jualah BERKAITAN IBU BAPA kita.. kita INGAT PENGORBANAN IBU BAPA kita.. jangan kita JADI" SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT " pepatah yang selalu digunakan.. I <3 MA ABAH SAYA =')) Diakhirnya saya memberi sedikit wang kepadanya dan InsyaALLAH pemberian itu dapat MEMBANTUNYA untuk PULANG ke RUMAHNYA di TAMPIN insyaALLAH AMINN.. SAYA DOAKAN  SEMOGA PAK CIK DIRAHMATI ALLAH SWT dan DIBERIKAN KESEJAHTERAAN DI DUNIA dan DI AKHIRAT InsyaALLAH AMINNN ='))



Apabila SELESAI SOLAT JUMAAT dalam PUKUL 2.10 PM.. ketika MENUNGGU IBUKU datang MENGAMBILKU PUKUL 3.30 PM.. Datang seorang lagi lelaki tua kearahku.. kelihatan TIDAK SIHAT dan KESIAN MELIHATNYA.. dia menunjukkan KAD KESIHATAN dan MENYATAKAN LAPAR TIDAK MAKAN lagi.. laluku memberikan sedikit wang untuknya membeli makanan.. melihat RIAK WAJAHNYA TERSENYUM sudah cukup MEMBUATKANKU GEMBIRA ALHAMDULILLAH =')) SEMOGA PAK CIK DIRAHMATI ALLAH SWT dan BAHAGIA DI DUNIA dan DI AKHIRAT InsyaALLAH AMINNN ='))


APA2XPUN.. ini PENGALAMAN yang TAK DAPAT DILUPAKAN... ^^
JIKA ADA SALAH SILAP DALAM PENAIPAN INI.. SILALAH PERBETULKAN.. SAMA2X KITA KONGSI InsyaALLAH ='))

itu SAHAJA untuk PERKONGSIAN HARI ini..SEMOGA MENDAPAT MANFAAT BERSAMA..
InsyaALLAH..SALAM'ALAIK =)

Thursday, 16 May 2013

PERKONGSIAN BERSAMA


ASSALAMUALAIKUM WBT SEMUA..
MALAM ini nak BERKONGSI ILMU sedikit..
tentang CERAMAH semalam di MASJID..
yang MEMBINCANGKAN PERSOALAN tentang..
PELABURAN, SAHAM (RIBA), TENTANG ORANG SAKIT, NIKMAT KEKAYAAN dan HUKUM KETIKA MARAH..
walaupun semua dah tahu tentang hal berkaitan ini..
tapi saya nak BERKONGSI dengan anda semua juga ^^






1) PELABURAN, SAHAM (RIBA)

- RIBA kita semua tahu HUKUMNYA adalah HARAM.. dalam HADIS telah menyatakan " ALLAH MENGHALALKAN JUAL BELI, DAN MENGHARAMKAN RIBA ".. Jadi jika kita nak buat PELABURAN, SAHAM hendaklah memastikan TIADA UNSUR RIBA..






2) TENTANG ORANG SAKIT

- Ada seorang penonton (audiens) menanyakan berkaitan " BOLEHKAN KITA 
MENYENTUH ORANG SAKIT?? ".. 
Jawapannya DIBENARKAN OLEH SYARAT mengikut RASULULLAH SAW.. 
Memegang orang sakit ini adalah MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW..Ketika 
ISTERI BAGINDA RASULULLAH SAW, SAIDATINA AISYAH SAKIT.. BAGINDA 
memegang SAIDATINA AISYAH dengan MENADAH KEDUA2X TAPAK TANGANNYA 

sambil MEMBACA SURAH 3KUL ( SURAH AL-IKHLAS, SURAH AL-FALAQ dan SURAH AN-NAS ) lalu MENYAPU DEKAT TUBUH SAIDATINA AISYAH..Ketika BAGINDA RASULULLAH SAW pula SAKIT.. SAIDATINA AISYAH juga melakukan sepertimana 
RASULULLAH SAW menjaganya dan apa yang RASULULLAH SAW melakukan cara itu.. BETAPA MULIANYA, SAYANG dan TAATNYA kepada SUAMINYA BAGINDA RASULULLAH SAW.. MENYENTUH ORANG SAKIT ini merupakan SENTUHAN BELAIAN KASIH SAYANG antara SUAMI ISTERI mahupun KELUARGA.. yang MENJADI HARAM dan TIDAK BOLEH MENYENTUH orang sakit adalah dengan BUKAN MAHRAM..

- Seterusnya seorang penonton bertanya tentang " ADAB dan AKHLAK KETIKA 
MENZIARAHI ORANG SAKIT "..
Jawapannya banyak cara antaranya MENDOAKAN KESEJAHTERAAN dan DIBERI 
NIKMAT KESIHATAN kepada pesakit itu, TIDAK MEMBUAT BISING dan MENGGANGGU 
PESAKIT, memberi SEMANGAT kepada pesakit dan sebagainya.. ORANG YANG 
SAKIT sangat2x MENGHARAPKAN SESUATU daripada ORANG YANG SIHAT iaitu 
DENGAN BERDOA AGAR KESEMBUHAN mereka..



3) NIKMAT KEKAYAAN

- ALLAH SWT menjadikan kita BAKHIL PADA AWALNYA iaitu dalam PERJUANGAN kita, USAHA kita dan sebagainya..tidak semua manusia DIUJI dengan NIKMAT KEKAYAAN ini.. KEKAYAAN sangat DIPANDANG TINGGI disisi MANUSIA tapi BUKAN DI SISI ALLAH SWT di AKHIRAT KELAK.. jika KEKAYAAN yang KITA MILIKI TIADA GUNANYA jika kita BERLAGAK SOMBONG, MENUNJUK2X SEGALA KEMEWAHAN yang ada dan yang PALING TIDAK BERMAKNA sekali adalah TIDAK INGAT KEPADA PENCIPTA KITA (ALLAH SWT) yang MAHA PEMBERI SEGALA NIKMAT itu.. kita LUPA ALLAH SWT dengan KEKAYAAN yang ada dan yang TIADA NILAI DIAKHIRAT kelak.. yang akan DINILAI di AKHIRAT kelakhanyalah AMALAN KITA DI DUNIA ini..




4) HUKUM KETIKA MARAH

- MARAH ini terbahagi kepada DUA iaitu MARAH YANG DIBENARKAN dan MARAH TERCELA.. saya akan terangkan kedua2xnya..

i) MARAH YANG DIBENARKAN
- Apabila seseorang itu melakukan segala apa jua bentuk kemungkaran..ISLAM telah menetapkan CARA YANG TERBAIK untuk menyelaikan masalah ini iaitu PERTAMANYA UBAH DENGAN TANGAN, jika rasa TIDAK BOLEH menggunakan CARA ini GUNALAH CARA KEDUA iaitu dengan NASIHAT,dan TIDAK BOLEH juga adalah dengan MENDOAKANNYA (cara paling bawah sekali).. semua itu adalah CARA MARAH yang PALING BAIK..


Nak MENGAITKAN satu cerita PADA ZAMAN RASULULLAH SAW..
" Ketika seorang ARAB BADWI sedang menagkap BIAWAK DOB, ketika itu SATU ROMBONGAN RASULULLAH SAW lalu di situ.. ARAB BADWI ini KASAR SIKAPNYA.. tidak MENGENALI RASULULLAH SAW.. Selalu mendengar KISAH RASULULLAH SAW seorang PEMIMPIN yang BAIK dan PESURUH ALLAH SWT.. ARAB BADWI ini TIDAK PERCAYA dan BERKATA DIA TAK AKAN BERIMAN kepada RASULULLAH SAW lalu dia meletakkan BIAWAK DOB yang DITANGKAP tadi DIHADAPAN RASULULLAH SAW dan berkata SELAGI BIAWAK DOB ini TIDAK BERIMAN kepada BAGINDA RASULULLAH SAW ini dia TAK AKAN BERIMAN kepada RASULULLAH SAW.. RASULULLAH SAW bertanya kepada BIAWAK DOB itu " SIAPAKAH AKU WAHAI BIAWAK DOB" lalu DENGAN KUASA ALLAH SWT nak MEMBUKTIKANNYA, BIAWAK DOB itu berkata "ENGKAULAH NABI UTUSAN ALLAH SWT".. TERKEJUT ARAB BADWI tersebut dan barulah dia PERCAYA dan BERIMAN kepada RASULULLAH SAW..


ii) MARAH YANG TERCELA

- MARAH dengan MENGELUARKAN KATA2X KESAT,KATA2X MAKIAN, MEMBUNUH ORANG, SYIRIK kepada ALLAH SWT dan pelbagai lagi.. SYIRIK yang dimaksudkan itu adalah dengan MENYATAKAN ALLAH SWT TIDAK ADIL.. Minta2x kita dapat MENGATASINYA daripada BERLAKU insyaALLAH AMINNNN..


itu sahaja untuk PERKONGSIAN BERSAMA pada MALAM ini.. BERHARAP anda semua dapat MENGAMBIL SEDIKIT dari CERITA ini untuk DIJADIKAN PANDUAN dan TAULADAN InsyaALLAH AMINNNN ^^ " KALU ADA SALAH SILAP dalam APA YANG SAYA TAIP ini HARAPLAH DIPERBETILKAN " 
SAMA2X KITA KONGSI OK ^^ 
YANG BAIK SEMUANYA DATANG DARIPADA ALLAH SWT dan YANG TIDAK BAIK DATANGNYA DARIPADA DIRI SAYA SENDIRI.. HANYA INSAN BIASA

SALAM'ALAIK SEMUA =))

Saturday, 11 May 2013

SELAMAT HARI IBU


DOA UNTUK IBU <3

BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM..
DENGAN NAMA ALLAH SWT yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG..




YA ALLAH YA TUHANKU..
RENDAHKANLAH SUARAKU, PERINDAHKANLAH UCAPANKU dan LEMBUTKANLAH HATIKU UNTUK IBUKU ( ROSLINAWATI BINTI AWANG )..



BERILAH DIA BALASAN YANG SEBAIK-BAIKNYA atas DIDIKANNYA kepadaku..
PELIHARAKANLAH DIA SEBAGAIMANA DIA MEMELIHARAKU..

YA ALLAH YA TUHANKU..
AMPUNILAH DOSA-DOSANYA dan KASIHANILAH DIRINYA..
sebagaimana DIA MENGASIHIKU SEJAK KECIL..


PANJANGKANLAH USIANYA..
MURAHKANLAH REZEKINYA..
DAN..
BERILAH KEBERKATAN DUNIA dan AKHIRAT dalam HIDUP KAMI SEKELUARGA..

SESUNGGUHNYA ENGKAULAH yang MEMILIKI KURNIA MAHA AGUNG..
DAN..
ENGKAULAH YANG MAHA PENGASIH di antara SEMUA PENGASIH..


AMIN YA RABBUL ALAMIN <3

SELAMAT HARI IBU KEPADA IBUKU TERCINTA ( ROSLINAWATI BINTI AWANG )
SESUNGGUHNYA AKU TIDAK DAPAT MEMBALAS JASAMU SAMPAI BILA2X ='(
INSYAALLAH AKAN JADI ANAK YANG BAIK UNTUKMU InsyaALLAH AMINNN <3
SEBENARNYA HARI IBU SETIAP HARI..
HARI2X HARI IBU..
TAPI INI SEBAGAI TANDA MENGHARGAI JASAMU..

SAYA AHMAD FARID NAIM BIN SUHAIMI SAYANG MA SAYA ROSLINAWATI BINTI AWANGG <3

I <3 MA

SALAM'ALAIK SEMUA =)