Friday 28 October 2011

MENGUBAH CIPTAAN ALLAH SWT...

Zaman sekarang ni..banyak perkara-perkara yang kita lakukan bertentangan dengan AGAMA ISLAM... kalau difikirkan memang banyak..anggap sembahyang 5 waktu itu tidak penting , menghalalkan benda yang haram dan macam-macamlah...
Tapi pada hari ini nak benrkongsi sikit tentang MENGUBAH CIPTAAN ALLAH... topik ini juga berkaitan dengan perkara bertentangan dengan Syariat ISLAM juga..

Antara contoh MANUSIA (makhluk ALLAH) yang sanggup mengubah ciptaan ALLAH untuk mendapatkan apa yang hendak mereka capai dan apa yang mereka ingin miliki...

Segelintir wanita sanggup menghabiskan wang ringgit semata2 untuk cantik, 
bahkan membuat pembedahan plastik yang ada risikonya pun mereka sanggup,
 asal sahaja untuk kelihatan LEBIH CANTIK di mata manusia.
Sehingga mereka sanggup membelakangkan hukum Allah yang melarang pembedahan plastik,
kerana dah jelas ianya mengubah ciptaan ALLAH. ALLAH telah menjadikan makhluk-Nya sebaik-baik kejadian...kenapa mahu diubah lagi...ADAKAH KITA TIDAK BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH KEPADA KITA...fikir-fikirkanlah...renung-renungkan.....
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri. BENAR,
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, 
bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. 
Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia. KadanG2x kita sampai terlupa...kita sebagai MANUSIA..INSAN BIASA..dari mana ASAL KITA??? SIAPA YANG MENJADIKAN KITA??? adakah semua nikmat termasuk kecantikan untuk ditunjuk-tunjukkan..TIDAK SAMA SEKALI...
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi,
 biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, 
tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai 
pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.
 
ITU sahaja untuk dikongsi pada hari ini...ada lagi sambungan untuk topik ini..InsyaAllah saya akan berkongsi bersama...insyaAllah..SALAM'ALAIK..^^

Saturday 15 October 2011

DAPAT AHLI BARU DALAM KELUARGA...^^

Assalamualaikum wbt semua..sudah lama ana tidak update blog ni.. tapi xpe..hari ni nak berkongsi la kegembiraan ana ni mendapat anak buah...hehe..ahli baru dalam keluarga ana..^^

Anak buah ana ni dilahirkan pada hari JUMAAT..bersamaan 7/10/2011 pada pukul 4.37 petang..
Alhamdulillah Kak Ngah ana dapat melahirkan anaknya dengan selamat..Alhamdulillah..^^
Anak buah ana ini akhirnya diberi nama HANI ZULAIKHA BT AHMAD FAKHURAZI.. anak buah ana ni dah seminggu dah..tapi baru nak post..yela..lama x buka blog ni..kalau ikutkan petang tu jugak nak post..sebab gembira sangat kan!! orang kata apa..xcited..haha..lebih-lebih pulak..haha..biasala.. kalau korang dapat anak buah..sama juga macam ana kan??? jangan tipu la..^^

Nak tengo gambar anak buah ana tu...??? tengok gambar di bawah ni..^^


                                                           comel tak??????? ^^


ok la..apa-apa pun..nak ucapkan tahniah la dekat Abang Angah dan Kak Ngah ana..hurm sekejab je masa...Abang ana dah jadi Ayah..Kak Ngah ana jadi ibu...bermulalah tugas mereka sebagai ibubapa..tanggungjawab yang perlu digalas dengan baik...ana mendoakan keluarga abang ngah saya menjadi lebih ceria dan bahagia apabila mendapat ahli baru dalam keluarganya...dan mendoakan semoga Angah menjadi bapa yang soleh..dan Kak Ngah menjadi ibu yang solehah..aminn..InsyaAllah..^^


itu sahaja untuk hari ni..insyaAllah ana akan membicarakan dan berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk hari seterusnya ok..insyaAllah..
jumpa lagi dalam blog ni..Salam'alaik..