Saturday 31 December 2011

AKTIVITI SELEPAS EXAM STPM BERAKHIR...

Hampir 18 HARI exam STPM sudah berlalu...tapi masih ada DEBARAN yang BELUM HILANG dalam diriku ini..banyak perkara yang BERMAIN DI MINDAKU...jika difikirkan semakin jadi tidak SENANG DUDUK...bagaimana dengan RESULT yang bakal akan ku terima nanti???? itulah salah satu yang bermain dalam mindaku sekarang ini...tapi saya cuba untuk menenangkan DIRI ini dengan BERDOA kepada ALLAH SWT.. supaya memberi ketenangan dalam diriku untuk melupakan seketika tentang hal itu...

" YA ALLAH, engkau tenangkanlah diriku ini, dari segala apa yang bermain dalam mindaku, supaya diriku ini dapat mengawal perasaan takut dan gemuruh dari memikirkan hal tersebut 
YA ALLAH "


Diriku ini terlalu risaukan perkara tersebut kerana menginginkan kejayaan untuk menbalas segala JASA-JASA yang telah dikorbankan oleh IBU BAPA, GURU-GURU, SEKOLAH dan terutama sekali DIRIKU SENDIRI..Diriku ini sedar..bahawa diriku ini adalah PALING LEMAH dalam keluarga...tapi hal ini TIDAK MELEMAHKAN SEMANGAT diriku..dan yakin bahawa diriku ini juga boleh BERJAYA seperti ORANG LAIN juga....insyaALLAH..Diriku ini tidak akan MENGALAH dan PUTUS SEMANGAT..dalam mengejar CITA-CITA dan MATLAMAT...



Oklah....kita lupakan dahulu perkara ini...yang penting kita kena BERFIKIRAN POSITIF..YAkIN PADA DIRI..Hurmm..HARI INI nak menceritakan sedikit AKTIVITI yang saya LAKUKAN SEPANJANG CUTI ini...

Setelah selesai EXAM STPM pada 14/12/2011 bersamaan HARI RABU...DEBARAN untuk menghadapi EXAM itu sudah BERAKHIR tetapi masih belum BERAKHIR DEBARAN untuk menerima RESULT itu nanti...Pada hari Jumaaat..baliklah saya ke kampung halaman/rumah saya di TERENGGANU...di sana tidak tahu nak buat apa...hanya menghabiskan MASA dengan BERFACEBOOK, UPDATE BLOG, DENGAR RADIO, dan yang paling seonok sekali PERGI KE PANTAI..di sana dapatlah menenangkan SEKETIKA FIKIRAN dan SEGALA MASAALAH yang difikirkan...saya di sana hanya 12 hari sahaja.. lepas itu pulang semula ke RUMAH DI NEGERI SEMBILAN...















Di situ baru terfikir, tengah KELIRU memikirkan apa PEKERJAAN yang SESUAI untuk saya ni.. yela..pengalaman MENCARI KERJA, BEKERJA masih belum penah merasai..HATI juga terasa ingin BERDIKARI, mencari DUIT SENDIRI...nak tahu bagaimana SUSAHNYA BEKERJA ini...nak tahu PENAT LELAH BEKERJA, SUSAHNYA MENCARI REZEKI...^^ boleh belanja KELUARGA KELUAR MAKAN NANTI hasil CARIAN DUIT SENDIRI..^^

Itu sahajalah untuk hari ini...insyaALLAH INFO TERBARU akan dikongsi bersama nanti..insyaALLAH..

SALAM'ALAIK (:

Friday 30 December 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012 " MOGA2X TAHUN 2012 LEBIH BAIK DARI TAHUN2X SEBELUMNYA

Assalamualaikum wbt kepada semua yang singgah di blog saya ni...hari ni nak menceritakan sedikit tentang TAHUN BARU yang akan tiba..iaitu TAHUN 2012...

Sepanjang TAHUN 2011 ni banyak perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita..kita renung-renungkan kembali setiap perkara yang kita lakukan itu untuk  MUHASABAH DIRI KITA..kita NILAI DIRI kita balik...adakah banyak perkara MUNGKAR atau perkara yang BAIK sepanjang TAHUN 2011..tapi jika kita nilai/lihat..kita banyak lakukan KEMUNGKARAN daripada KEBAIKKAN kepada ALLAH SWT..
kadang-kadang kita tidak sedar..perkara yang kita buat itu adalah salah..dan kadang-kadang juga kita sudah tahu perkara itu salah..tetapi kita masih melakukannya..kita sebagai INSAN BIASA tidak lepas daripada melakukan kesalahan walaupun ianya kecil...

HAYATI AYAT INI  :-


Ibn Mas'ud Berkata.....

" Perkara yang paling SEDIH bila TIBANYA TAHUN BARU adalah UMURKU MENINGKAT tetapi AMALANKU TIDAK BERTAMBAH "

Kata-kata ini sangat MENYEDARKAN kita..membuatkan kita MERENUNG kembali segala apa yang telah kita lakukan pada TAHUN 2011 ini..kata-kata ini juga MENGGERUNKAN bagi saya kerana apa memikirkan perkara yang buruk yang telah kita lakukan yang tidak membawa apa-apa faedah pun.. renung2xkanlah bersama ok...

Kita masih ADA MASA lagi untuk MENGUBAH DIRI kita kearah yang lebih baik lagi...ALLAH SWT masih memberi KESEMPATAN bagi UMMAT-NYA yang ingin BERTAUBAT, ingin MENGUBAH DIRI MEREKA...ini semua tertakluk kepada DIRI ANDA SENDIRI..samaada ingin BERUBAH atau TIDAK BERUBAH...tapi saya menyarankan DIRI SAYA SENDIRI dan ANDA SEMUA di luar sana...sama2xlah kita berubah...walaupun berubah sikit2x, lama-lama akan berubah banyak..insyaALLAH..saya yakin selepas itu akan timbul kesedaran alam diri kita..insyaALLAH (:



\Marilah kita semua BERDOA agar TAHUN BARU INI iaitu TAHUN 2012 nanti...kita semua menjadi lebih baik dari TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA..insyaALLAH..

Tapi ingat..nanti apabila nak sambut kedatangan TAHUN BARU..janganlah meraikannya dengan melakukan perkara-perkara yang NEGATIF ok..sambutlah dengan baik..contohnya..BERDOA, BERZIKIR ataupun perkara yang baik lagi...Sambutlah dengan SEDERHANA sahaja..jangan melampaui BATASAN ISLAM...seperti MINUM ARAK, BERPESTA DI KELAB MALAM dan sebagainya ok..^^

Itu sahaja untuk hari ini...sebelum itu..SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua yang hadir dalam blog saya ini..bagi sesiapa yang hadir dalam blog saya terima kasih banyak2x...^^

SALAM'ALAIK (:

Wednesday 14 December 2011

AYUH SOLAT... " LAKUKANLAH SOLAT DARIPADA TERGELINCIR MATAHARI HINGGA KEGELAPAN MALAM - AL-ISRA : 78 "


Assalamualaikum wbt..kepada semua yang melawati blog ini...sudah lama tidak menyentuh blog ini kerana sibuk dengan Exam...tapi tak apa...hari ni saya nak bincangkan tentang " SOLAT "... SOLAT ni antara lima RUKUN ISLAM yang wajib kita tunaikan....topik ini sangat penting bagi kita...saya nak membincangkan topik ini adalah kerana zaman sekarang ni, kita tidak tahu...masih ramai UMMAT ISLAM tidak dapat menghayati apa pentingnya SOLAT itu kepada kita...saya sendiri juga kadang-kadang terleka dalam menghayati...kita kena faham maksud-maksud di setiap kalimah yang kita baca...

  Kita semua ni bukan sempurna sepenuhnya...kadang-kadang kita terleka dengan suruhan ALLAH...kita kena ingat dua perkara...iaitu..

Pertama..kalau kita tidak melakukan segala apa yang disuruh oleh ALLAH adalah disebabkan kita TIDAK MENGINGATI ALLAH...
Kedua..kalau kita melakukan segala perintah ALLAH adalah disebabkan kita sentiasa MENGINGATI ALLAH..sentiasa takut akan balasan ALLAH...
ok lah..kita kembali kepada topik asal kita....^^

1) RISALAH KHAS SEMPENA ISRA' DAN MI'RA

Peristiwa Isra' dan Mi'raj yang disambut setiap tahun amat sinonim dengan IBADAT SOLAT..yang merupakan satu-satunya ibadat yang difardhukan secara langsung oleh ALLAH SWT kepada RASULULLAH SAW tanpa perantaraan MALAIKAT. Lantaran itu SOLAT mendapat kedudukan yang istimewa dalam ISLAM.

SOLAT adalah Penghubung Hamba dengan Tuhannya...Penghapus Dosa dan Pendinding Daripada Maksiat..serta Keselamatan Daripada Azab Kubur dan Azab neraka...
RASULULLAH SAW pernah menyifatkan solat sebagai ciri pembeza di antara ISLAM dengan KEKUFURAN... Sabda Baginda SAW yang bermaksud...

" PERBEZAAN ANTARA SESEORANG DAN KEKAFIRAN IALAH DENGAN MENINGGALKAN SOLAT "....


2) SOLAT, KEFARDHUAN YANG TIADA TOLAK ANSUR

SOLAT adalah IBADAT TETAP yang tidak luput kefardhuannya dalam apa jua keadaan...Ia mesti DITUNAIKAN oleh setiap MUSLIM YANG MUKALLAF, tidak kira samaada ia Sihat atau Sakit..semasa Lapang atau Sibuk..Musafir atau Muqim..Kaya atau Miskin..Raja atau Rakyat Biasa..semasa Aman atau Perang dan sebagainya....

Oleh kerana itu, SOLAT merupakan TIANG SERI bagi AGAMA ISLAM . KEFARDHUAN SOLAT itu jelas BERBEZA dengan IBADAH-IBADAH fardhu lain... sebagai contoh, ibadah HAJI hanya wajib kepada orang yang berkemampuan, manakala ZAKAT pula wajib bagi orang-orang ISLAM yang mempunyai harta,yang cukup nisab dan haulnya....demikian pula denga PUASA , yang wajib dikerjakan oleh muslimin yang sihat dan mampu melaksanakan....



3) SOLAT, PENGHUBUNG HAMBA DENGAN TUHANNYA

SOLAT adalah TALI PENGHUBUNG DI ANTARA SEORANG HAMBA DENGAN ALLAH SWT.. ia merupakan amalan yang PALING DISUKAI oleh ALLAH sebagaimana yang diterangkan oleh RASULULLAH SAW dalam sebuah HADIS yang diriwayatkan oleh IMAM AHMAD yang bermaksud...

" Janganlah kamu meninggalkan SOLAT dengan sengaja kerana sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja, penjagaan atau pemeliharaan ALLAH dan RASUL-NYA telah terlepas dari dirinya" (RIWAYAT IMAM AHMAD)



4) SOLAT, PENGHAPUS DOSA DAN MENJAUHKAN DARIPADA MELAKUKAN MAKSIAT

SOLAT adalah PENGHAPUS DOSA bagi hamba-hamba yang menzalimi diri mereka..RASULULLAH SAW pernah bersabda yang bermaksud...

" Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang kamu lakukannya, ALLAH mengampun segala segala dosa dan meninggikan darjat kamu? Para sahabat menjawab; Ya Wahai RASULULLAH ! Baginda menjawab; menyempurnakan wudhuk meskipun ketika sukar (seperti dalam keadaan terlalu sejuk), , memperbanyakkan langkah ke masjid dan menunggu SOLAT yang berikutnya setelah selesai solat sebelumnya, kerana yang denikian itu adalah perbuatan mewakafkan diri untuk melaksanakan ibadat yang berpanjangan" (RIWAYAT IMAM MUSLIM)

Kita sering mendengar Firman ALLAH SWT yang berikutnya setiap kali AZAN berkumandang di televisyen :

" Sesungguhnya solat itu mencegah kamu daripada melakukan maksiat dan perkara mungkar" ( AL-ANKABUT : 45 )

Adakah kita memahami maksud ayat yang AGUNG ini lantas memeriksa SOLAT yang kita tunaikan selama ini, adakah diterima oleh ALLAH SWT??? Adakah SOLAT yang kita tunaikan selama ini MEMBAWA PERUBAHAN PADA TINGKAH LAKU, AKHLAK dan KEHIDUPAN KITA??? sama-samalah kita renung-renugkannya..



5) SOLAT, KESELAMATAN DARIPADA AZAB

SOLAT yang dilaksanakan dengan sempurna dapat MENYELAMATKAN TUANNYA DARIPADA SEKSAAN KUBUR.. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan, bahawa RASULULLAH  SAW bermimpi tentang seorang lelaki yang sedang diazab di dalam kubur, kemudian datang SOLAT yang dikerjakannya lalu menyelamatkannya daripada azab kubur tersebut...

Begitu juga SOLAT akan menjadi penyelamat pada HARI KIAMAT bagi sesiapa yang memelihara dan menjaganya semasa hidup di sunia..Dalam hubungan ini, RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud...

" Sesiapa yang memelihara SOLAT, maka solatnya akan menjadi cahaya, bukti (keimanan) dan menyelamatkannya pada hari kiamat" (Riwayat Imam Ahmad)

Seterusnya, RASULULLAH SAW telah memberi jaminan kepada UMMAT ISLAM, baahawa mereka tidak akan dimasukkan ke adalam neraka sekiranya mereka sentiasa memelihara SOLAT, terutamanya SOLAT ASAR dan SOLAT SUBUH...Sabda baginda SAW yang bermaksud....

" Pasti tidak akan masuk neraka seseorang bersembahyang sebelum terbit matahari (SUBUH) dan sebelum matahari tenggelam (ASAR)" (Riwayat Imam Muslim)



6) INGATLAH AMARAN ALLAH SWT!!!!

Mari-marilah kita sama-sama hayati amaran tegas yang telah disampaikan oleh RASULULLAH SAW terhadap orang-orang meninggalkan SOLAT..Antaranya Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud...

" Sesiapa yang tidak SOLAT, maka tiada agama baginya" (Riwayat as-Sayuti)

" Sesiapa yang meninggalkan SOLAT ASAR, maka terhapuslah segala pahala amalannya" (Riwayat Imam Bukhari)

" Sesungguhnya apabila seseorang mukmin menunaikan SOLAT, maka segala dosanya datang kepadanya lalu diletakkan pada bahagian kepala dan tengkuknya. Seyiap kali dia rukuk dan sujud, segala dosanya itu akan jatuh berguguran" 

" Perkara pertama yang dihisab terhadap seseorang hamba ialah SOLAT. Jika SOLATNYA baik, maka baiklah segala amalannya. Jika SOLATNYA rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain" (Riwayat at Tabrani)

Oleh itu, sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana SIBUK DENGAN KERAJAANNYA, dia akan dibangkitkan bersama FIR'AUN. Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana SIBUK DENGAN KEMENTERIANNYA, dia akan dibangkitkan bersama HAMAN . Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana SIBUK MENGURUSKAN HARTANYA, dia akan dibangkitkan bersama QARUN. Begitu juga sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana SIBUK MENGENDALIKAN PERNIAGAANNYA, dia akan dibangkitkan bersama dengan UBAY BIN KHALAF. Sedarlah kesemua mereka itu akan dimasukkan ke dalam NERAKA...




7) AYUH KITA PELIHARA SOLAT KITA!!!

AYUH Wahai Saudaraku!! marilah kita semua menjaga dan memelihara SOLAT dalam kehidupan seharian kita, kerana SOLAT itu adalah TIANG SERI AGAMA kita . Renungilah Sabda RASULULLAH SAW...

As Solatu imaduddin, faman aqamaha faqad aqamad din, waman tarakaha faqad hadamad din

Maksudnya : " Solat adalah tiang seri agama , maka sesiapa yang menunaikan solat, maka sesungguhnya dia telah menegakkan agama, dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama"

Sesungguhnya Islam itu telah dibina di atas SOLAT, di samping mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH, HAJI, PUASA dan ZAKAT...

Sama-samalah kita renung-renungkan bersama...termasuklah diri saya sendiri...setakat itu sahaja untuk topik pada hari ini..moga-moga kita dapat memperbaiki diri kita dalam pelbagai aspek dalam kehidupan dengan sempurna..insyaALLAH...
SALAM'ALAIK.........