Thursday 22 March 2012

KEIZINAN MEMASUKI BILIK IBUBAPA

Assalamualaikum wbt kepada semua yang sudi hadir dalam blog saya pada kali ini...diharapkan anda semua ceria-ceria selalu..sihat-sihat selalu ok...apa yang ANDA semua LAKUKAN sepanjang hari ini??? harap-harap apa yang kita LAKUKAN HARI INI mendapat HIDAYAH dan mendapat KEBERKATAN dari-Nya..insyaALLAH..

Oklah..hari ini saya nak bincangkan dengan anda semua berkenaan topik "KEIZINAN MEMASUKI BILIK IBUBAPA"..topik ini kedang-kadang kita AMBIL MUDAH sahaja..tapi senarnya SANGAT PENTING dalam KEHIDUPAN SEHARIAN kita...



Sebelum kita bincang tentang topik ini..mari kita sama-sama MEMBACA, MENELITI, FAHAMKAN dan AMBIL PENGAJARAN daripada FIRMAN ALLAH yang BERMAKSUD :


" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari antara kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa ; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengahari, dan sesudah sembahyang isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kemu kepadanya)..."

Maksud ayat di atas ini adalah melarang kita untuk memasuki bilik yang bukan MAHRAM bagi kamu semua yang terbahagi kepada TIGA WAKTU..iaitu SEBELUM WAKTU SUBUH, WAKTU TENGAHARI dan SELEPAS WAKTU SOLAT ISYAK...Anda semua mesti tahu kenapa ketiga2x waktu ini kita dilarang memasuki bilik orang lain adalah kerana SEBELUM WAKTU SUBUH adalah waktu itu kebiasaannya orang akan MELUCUTKAN PAKAIAN TIDUR,MENUKAR PAKAIAN dan TENGAH TIDUR dalam keadaan TERDEDAH AURATNYA...bagi WAKTU TENGAHARI pula..sama juga..kita semua ada yang NAK TUKAR BAJU, nak pergi MANDI, nak SALIN PAKAIAN dan MEREHATKAN BADAN (tak suka diganggu ketika BEREHAT)...dan selepas WAKTU SOLAT ISYAK pula..mestilah time tu kita semua nak pergi TIDUR kan?? nak rehatkan BADAN dan MINDA kita...jadi FAHAM2XLAH..jangan mengganggu mereka...tapi kita ni kan..MANUSIA BIASA..ada sahaja KESALAHAN kita lakukan walaupun KECIL..kita main masuk aja dalam bilik orang tanpa BERFIKIR DAHULU SEBELUM MASUK...kalau TAK ADA ORANG tak apa lagi..cuba BAYANGKAN jika ada MAKHLUK ALLAH dalam tu tengah nak SALINKAN PAKAIAN dan tengah TIDUR dan PAKAIANNYA ketika itu TERSELAK sehingga MENAMPAKKAN AURATNYA...jadi semua..sudah faham???? jadi kita FIKIRKANLAH BERSAMA ok ^^ Tak dinafikan juga...kita ni selalu LALAI..selalu TERLEKA..kita MUDAH LUPA..itula jadinya..apa2xpun kita cuba yang terbaik untuk mengelakkan daripada berulang lagi... ^^



ULAMA dan AHLI TAFSIR berselisih PENDAPAT berkaitan PERKATAAN "LAYASTAKZINKUM" tersebut , iaitu suruhan meminta izin kepada beberapa pendapat...Antaranya ialah :

1)  Menurut pendapat sebagaimana yang dinyatakan oleh Sa'id bin al-Musayyab..HUKUM meminta izin pada 3 waktu sebagaimana yang dinyatakan atau disebutkan dalam AYAT TERSEBUT di atas telah dinaskhkan atau ayat itu dimansukhkan..Antara lain juga, mereka beramal dengan suruhan ayat tersebut hanyalah ketika mana rumah mereka tidak mempunyai tirai atau penyekat..

2) Menurut pendapat kukuh dan lebih tepat, hukum yang dinyatakan dalam ayat tersebut tidak dimansukhkan dan ia merupakan pendapat jumhur ulama dan disokong oleh imam Abu Hanifah..Begitu juga ketika al-Sya;bi ditanya berkaitan perkara tersebut, samada hukum atau ayat tersebut telah dinasakhkan? beliau menjawab: Demi ALLAH tidak sekali-kali..antara lain Sa'id bin Jubair mengatakan bahawa HUKUMNYA tidak dimansukhkan, tetapi suruhan dan diperintah dalam ayat tersebut adalah atas dasar sunat sahaja, bukannya perintah wajib..

3) Ada pendapat mengatakan HUKUM meminta izin tersebut adalah WAJIB..Di mana al-Mahdawi meriwayatkan daripada Ibn Abbas berkaitan perkara tersebut..iaitu meminta izin dalam ayat tersebut adalah tuntutan WAJIB, samada HAMBA atau ANAK..

Itu sahajalah untuk hari ini..tetapi sebelum tu kita kena tahu PENGAJARAN daripada AYAT ini..antaranya ialah :

1) Ayat tersebut menjelaskan tiga waktu khusus, kerana kebiasaannya waktu itu manusia mendedahkan aurat dan terbuka aurat mereka..

2) Suruhan dan didikan meminta izin memasuki bilik ibu bapa dan orang lain pada 3 waktu tersebut terhadap kanak-kanak adalah atas dasar mendidik, supaya mudah membentuk mereka setelah cukup umur nanti..  




Oklah kita jumpa lagi dalam TOPIK BARU insyaALLAH..jika ada salah dalam MEMBICARAKAN TOPIK kali ini..diharapkan ANDA berkongsi dan MEMBERITAHU SAYA..^^


SALAM'ALAIK ^^

Wednesday 14 March 2012

SENTIASALAH MEMAAFKAN ORANG


Assalamualaikum wbt kepada semua yang hadir dalam blog saya untuk TOPIK baru yang akan dibincangkan pada kali ini...sebelum itu...diharapkan anda semua CERIA-CERIA selalu dan BERSABAR menghadapi SEGALA UJIAN yang BAKAL kita TEMPUHI..biasalah kita sebagai HAMBA ALLAH kenalah sentiasa BERSABAR mengahadapi UJIAN yang diberikan oleh-Nya..disebalik UJIAN itu ada HIKMAH disebaliknya...kadang-kadang UJIAN yang BAIK datang..perlulah kita BERSYUKUR..jangan sesekali BERBANGGA dan MENUNJUK-NUNJUK kepada orang lain...kadang-kadang UJIAN yang BURUK datang..bukan bermakna kita LEMAH SEMANGAT..itu hanyalah ALLAH nak MENGUJI kita..hendak MELIHAT adakah kita REDHO,SABAR ataupun sebaliknya..itu hanyalah renungan bersama sahaja...





Oklah..kita BINCANG sedikit tentang TOPIK kali ini iaitu "SENTIASALAH MEMAAFKAN ORANG" kadang-kadang kan..biasalah..kita hanya MANUSIA..MAKHLUK ALLAH..INSAN BIASA..INSAN YANG LEMAH..ada EGO masing-masing..SUSAH nak MEMAAFKAN ORANG..kita kena tahu..mungkin KESALAHAN yang dilakukan itu dilakukan oleh mereka dengan TIDAK SENGAJA, hanya untuk BERGURAU dan sebagainya..mungkin kamu menganggapnya sebagai MELAMPAU..itulah yang jadi SUSAH nak maafkan orang...kita juga kena ingat...TIADA SESEORANG HAMBA ALLAH tidak pernah melakukan KESALAHAN..mesti ada KESALAHAN yang dilakukan walaupun KECIL..kalau kita INGAT perkara ini..insyaALLAH kita MUDAH untuk MEMAAFKAN ORANG...insyaALLAH...



Saya BERMINAT dan TERTARIK dengan ARTIKEL di bawah ini...

Artikel ini memberi MESEJ yang sangat BAIK kepada kita..membawa PENGARUH yang BESAR..sebab apa..baca artikel tersebut..mengatakan kita mestilah SENTIASA BERLAPANG DADA..MERINGANKAN HATIMU..untuk MEMAAFKAN KESALAHAN orang..SUPAYA..ALLAH juga MENGAMPUNKAN akan KESALAHAN kita..insyaALLAH..dengan DADA yang LAPANG dan HATI yang RINGAN..kita akan mudah memaafkan kesalahan orang dan HATI sentiasa TERBUKA..insyaALLAH ^^

Jika KESALAHAN seseorang itu terhadap kita SANGATLAH BESAR sebagai contohnya...MENGUTUK, MENGHINA, MENGANIAYA dan sebagainya kepada kita..tiba-tiba SUATU MASA dia INGIN meminta maaf kepada kita..atas KESALAHANNYA itu..apakah kita harus lakukan??? adakah akan MEMAAFKANNYA ataupun MEMBALAS setiapa apa yang dilakukan olehnya kepada kita??? senang sahaja..kita hanya perlu MEMAAFKAN mereka..sebab apa..mereka mungkin telah INSAF..telah BERUBAH dan MENYESALI akan PERBUATAN mereka itu...kita LUPAKAN segala KISAH LAMA..kita buka KISAH BARU..MEMAAFKANNYA adalah JALAN TERBAIK..jangan kita MENERUSKAN PERSENGKETAAN..dalam ISLAM tidak mengajar kita meneruskan PERTELINGKAHAN setelah ada pihak yang inginkan PERDAMAIAN ok..kita TINGKATKAN SILATURRAHIM antara satu sama lain ^^

Tapi kadang-kadang kita lihat..Hati mereka mengatakan SUDAH MEMAAFKAN MEREKA..tetapi PERBUATAN, TINGKAH LAKU tidak MENUNJUKKAN dia sudah MEMAAFKAN KESALAHAN orang itu terhadapnya..contohnya..dia MENGUNGKIT KISAH LAMA kepada orang lain..MENCERITAKAN AIB kawan itu kepada ORANG RAMAI..sampaikan kawan itu BERASA DIPERMAINKAN dan membuatnya LEMAH SEMANGAT..adakah itu MAKSUD MEMAAFKAN ORANG??? saya rasa anda tahu CARA MEMAAFKAN ORANG dengan CARA yang BAIK..hurm fikir-fikirkanlah bersama ok..PERINGATAN ini UNTUK DIRI SENDIRI dan juga ANDA SEMUA..sama2xlah kita

                               Tengok!! KUCING pun PANDAI MINTA MAAF..HaHa (:

Oklah..rasanya CUKUP untuk hari ini..TERIMA KASIH kepada yang SUDI MELAWAT,MEMBACA dan sebagainya dalam blog saya ok..kalau boleh KOMENLAH sekali..untuk PERKONGSIAN BERSAMA..insyaALLAH mana tahu saya boleh BANTU dan MEMBERI PANDANGAN.. ^^
Jumpa lagi dalam blog ini..

Salam'Alaik (:



Monday 12 March 2012

HARAPAN PADAMU SUBUR KEMBALI

HARAPAN PADAMU SUBUR KEMBALI...

Wahai TUHAN ku yang ESA..
Bila kenangkan QAHARMU..
Rasa GERUN di HATIKU..
Kerana TAKUTKAN SEKSAMU..

HAMBAMU rasa BERPUTUS ASA..
SIAPAKAH dapat BERSIHKAN DIRI..
Dari segala DOSA yang MEMBURU..
Setiap HARI setiap KETIKA..

Tika mengenang GHAFARMU..
PUTUS ASA tiada lagi..
Semangatku PULIH semula..
Harapanku SUBUR kembali..

UJIAN menimpa menekan di JIWA..
Tak sanggup MENERUSKAN PERJUANGAN..
MEHNAHMU itu PENGHAPUS DOSAKU..
Mengganti HUKUMANMU di AKHIRAT..

Di waktu mengenang RAHMATMU..
Terasa diri KURANG BERSYUKUR..
PADAMU harusku MEMOHON..
Moga..SYUKURKU BERTAMBAH..

Alangkah SUSAHNYA Mendidik NAFSUKU..
Yang tidak melihat KEBENARANMU..
YA ALLAH TUHANKU..
Bantulah HAMBAMU..
Dalam MENDIDIK JIWAKU ini..



Assalamualaikum wbt kepada semua yang sudi hadir dalam blog saya...semoga hari ini anda semua SIHAT-SIHAT BELAKA..semoga apa yang kita lakukan pada hari ini MEMBAWA KEBAIKKAN kepada kita..insyaALLAH..Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang kelebihan LAGU NASYID ini..bukan sahaja pada lagu..kita LIHAT LIRIK LAGU NASYIDNYA juga...



Kenapa saya suka LAGU NASYID ini??? nak tahu??? kamu semua kenalah DENGAR dan HAYATI betul-betul...kalau kita semua HAYATI..insyaALLAH anda semua akan BERASA GERUN dan TAKUT kepada ALLAH SWT di atas SEGALA KELAKUAN,PERBUATAN,PERCAKAPAN dan sebagainya yang DILARANG oleh ALLAH yang telah kita lakukan...kita akan MENGIMBAS dan TERINGAT kembali akan PERBUATAN tersebut...Lagu Nasyid ini betul-betul membuatkan kita semua BERASA INSAF dan TAKUT untuk melakukan KEMUNGKARAN kepada ALLAH SWT...

Kita sebagai HAMBA ALLAH..hanyalah INSAN BIASA..kita sering melakukan kesalahan walaupun kecil..walaupun sekecil-kecil BIJI SAWI kesalahan kita..semuanya akan DISOAL dan DITANYA di AKHIRAT kelak...MEREMANG BULU ROMA sebut pasal HUKUMAN DI AKHIRAT ni..tak dapat DIGAMBARKAN PERASAAN TAKUTNYA itu...tapi..biasalah kita..hanya MANUSIA..INSAF dalam 2/3 MINIT aja..lepas tu kita LAKUKAN balik PERBUATAN MUNGKAR tersebut...



Kalau kita BENAR-BENAR inginkan PERUBAHAN, inginkan KEINSAFAN..kita kena BENAR-BENAR BERUBAH dan INSAF...satu aja nak MENGINGATKAN..kalau kita sudah benar berubah..mula-mula kita tanya HATI kita...tanya DIRI kita..adakah kita BERTEKAD untuk MENGEKALKAN PERUBAHAN/KEINSAFAN itu??? ataupun HANYA SEKADAR MAIN-MAIN sahaja???? Kita tanya dalam LUBUK HATI KITA..di situ kita dapat tahu..adakah kita benar-benar inginkan PERUBAHAN...renungkanlah bersama ok (:



Semua yang saya bagitahu ini..bukan UNTUK ANDA SEMUA sahaja..MALAH..untuk DIRI SAYA juga..saya juga INSAN BIASA..MANUSIA BIASA..seperti ANDA juga...kita TAK SEMPURNA..sebelum kita MENGHEMBUS NAFAS TERAKHIR...kita MASIH ada lagi MASA untuk BERUBAH..ALLAH MAHA PENGASIH,MAHA PENGAMPUN,MAHA ADIL dan SEGALANYA..kalau kita betul-betul INSAF..insyaALLAH ALLAH SWT akan MEMBERI KEAMPUNAN kepada kita..insyaALLAH..AMINN..kita jangan BERHENTI BERDOA, BERTAWAKKAL kepada ALLAH..SENTIASA MENGINGATI ALLAH..insyaALLAH..jika kita mengingati-Nya..segala PERLAKUAN KEMUNGKARAN dapat DIATASI..insyaALLAH..



Oklah..itu sahaja untuk hari ini..insyaALLAH kita bejumpa lagi dilain hari..dalam blog ini..untuk TOPIK BARU..insyaALLAH..MOGA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM OK!!!!

SALAM'ALAIK (:

Friday 9 March 2012

AKU REDHO DENGAN KEPUTUSAN...PERJALANAN MASIH JAUH

Assalamualaikum wbt kepada semua yang sudi hadir dalam blog saya...harap-harap semuanya sihat belaka...moga-moga HARI ESOK LEBIH BAIK DARPIPADA HARI INI..insyaALLAH..

PERASAAN TAKUT,GEMURUH,GEMENTAR dan seumpamanya sudah pun BERAKHIR buat diriku...RESULT STPM sudah pun saya terima pada HARI RABU lepas...memang tidak DINAFIKAN PERASAAN SEDIH masih lagi ada pada diri ini..tapi aku PASRAH,AKU REDHO dan aku TERIMA SEADANYA dengan keputusan yang aku dapat..KERANA..itulah HASIL USAHA saya SELAMA INI... walaupun KEPUTUSAN itu TIDAK MEMUASKAN bagiku..tapi..aku TETAP BERBANGGA dengan diriku kerana BERJAYA MENEMPUH SEGALA CABARAN DALAM MENEMPUH SEGALA CABARAN DAN DUGAAN DI TINGKATAN 6 HINGGALAH PEPERIKSAAN STPM SELESAI...



Mungkin BUKAN REZEKI saya sekarang ini..tetapi saya YAKIN..perjalanan saya masih JAUH..masih PANJANG..mungkin di situ akan MUNCUL JUGA REZEKI dan KEJAYAAN YANG AKAN DATANG MENGIRINGI..insyaALLAH..KEGAGALAN ini tidak menjadikan diriku LEMAH..tetapi..memberikan aku PENGAJARAN DAN BERUSAHA MENCARI KEKURANGAN PADA DIRI..dan cuba untuk MEMPERBAIKINYA...KEGAGALANKU itu mungkin ada HIKMAH disebaliknya...

PERASAAN SEDIH itu memang ada..SETIAP HARI,SETIAP SAAT ketika aku TERFIKIR BALIK..TERKENANG KEMBALI..kadang2x PERASAAN itu datang dengan TIDAK SENGAJA.. aku tidak MEMINTA PERASAAN itu datang..tetapi..nak buat macam mana..PERASAAN itu tak boleh DISEMBUNYIKAN..yela semasa datang sekolah itu NAK TERIMA RESULT..HATI ini berkata..kalau KEPUTUTSAN ITU CANTIK..akan DIHADIAHKAN KEPADA IBUBAPA DAN GURUKU dan SEMUA YANG menyokong..TAPI LAIN DAPATNYA..TAPI TAK APA..SAYA LUPAKAN cerita lama..PANDANG KE HADAPAN..^^..Tapi sekarang ini..aku CUBA untuk MENENANGKAN DIRI..untuk MEMIKIRKAN MASA DEPANKU.. mungkin REZEKI AKU DITEMPAT LAIN...insyaALLAH..aku akan berusaha KEARAHNYA...


Aku sangat BERTERIMA KASIH kepada SEMUA yang memberi SOKONGAN..IBUBAPA,ADIK BERADIK.KAWAN2X,GURU2X dan SEMUANYA...sebelum ini..aku merasa KEPUTUSAN itu MELEMAHKAN DIRIKU dan TERBAYANG-BAYANG DALAM FIKIRANKU " MASA DEPANKU AKAN GELAP"...tapi RAMAI yang memberi SOKONGAN dan SEMANGAT..kini aku LUPAKAN SEMUA PERKARA NEGATIF DALAM DIRIKU..aku KEMBALI SEMANGAT UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN...PERJUANGAN dalam MENCARI ILMU memang TIADA PENGHUJUNGNYA...TERIMA KASIH SEMUA..ANDA SEMUA MEMANG TERBAIK!!!! saya akan SENTIASA BERTERIMA KASIH kepada ANDA SEMUA YANG MENYOKONG..akan DISEMATKAN DALAM HATI dan DIKENANGKAN SAMPAI BILA-BILA...insyaALLAH..

AYUH SEMUA!!!..bagi YANG GAGAL..jangan BERPUTUS ASA..kita BUKA SEMANGAT BARU..BUKA BUKU BARU..BUKA LEMBARAN BARU..kita semua PASTI AKAN BERJAYA JUGA KELAK..insyaALLAH..AMINN..



OKLAH semua..kita jumpa di lain hari dan jumpa lagi dalam blog ini...sekali lagi...TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENYOKONG DAN MEMBERI SEMANGAT KEPADA SAYA..TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT..

SALAM'ALAIK (:

Tuesday 6 March 2012

DEBARAN MENUNGGU HARI ESOK...

Assalamualaikum wbt kepada semua yang melawati blog saya ni...semoga anda semua ceria-ceria selalu..dan menempuhi DUGAAN dan CABARAN dengan penuh SABAR dan TABAH...moga-moga HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI-HARI SEBELUMNYA ok...

Sudah lama tidak menyentuh blog ni...HARI INI rasa nak UPDATE BLOG...yela..lama sangat kan tak post berita baru...hehe..

Hari ni nak CERITA sikit PERASAAN dan DEBARAN MENANTI HARI ESOK..yela..semua PERASAAN ada dalam DIRI sekarang ni..XCITED,TAKUT,GEMURUH, dan sebagainyala..tak dapat nak DIGAMBARKAN PERASAAN TU..bukan apa..SEBABNYA esoklah RESULT STPM AKAN KELUAR!!! HARI PENENTU MASA DEPAN saya dan rakan-rakan yang MENGAMBIL STPM 2011..DEBARAN sekarang ni rasa macam "TAK DAPAT TIDURLA MALAM NI"..HAHAHA..takut sangat-sangat...tapi nak TAKUT SANGAT pun TAK BOLEH jugak..nak buat macam mana..kenalah terima..memang DITAKDIRKAN esok keputusan keluar...takut-takut nanti..RISAU TERLAJAK..kita akan TERBAYANG perkara yang NEGATIF..

Apa-apapun KITA SEMUA kenalah BERSEDIA untuk MENGHADAPI HARI ESOK ok!!! FIKIR POSITIF KAWAN-KAWAN!!! TAWAKKAL dan BERDOA sahaja yang kita mampu sekarang ni...saya MENDOAKAN KITA SEMUA BERJAYA !!! insyaALLAH..Aminn..

Kita semua kenalah TERIMA SEGALA APA KEPUTUSAN YANG kita BAKAL DAPAT esok ..itu semua adalah HASIL daripada USAHA KITA SEMUA SELAMA INI...REDHO AJA..^^

Oklah..setakat ini sahaja untuk hari ini..nak CERITA PANJANG..TAKUT PERASAAN tu TIMBUL BALIK..HAHA...kita jumpa lagi untuk post terbaru nanti dalam blog ini ^^..

SALAM'ALAIK (: