Assalamualaikum wbt kepada semua yang singgah di blog saya ni...hari ni nak menceritakan sedikit tentang TAHUN BARU yang akan tiba..iaitu TAHUN 2012...
Sepanjang TAHUN 2011 ni banyak perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita..kita renung-renungkan kembali setiap perkara yang kita lakukan itu untuk MUHASABAH DIRI KITA..kita NILAI DIRI kita balik...adakah banyak perkara MUNGKAR atau perkara yang BAIK sepanjang TAHUN 2011..tapi jika kita nilai/lihat..kita banyak lakukan KEMUNGKARAN daripada KEBAIKKAN kepada ALLAH SWT..
kadang-kadang kita tidak sedar..perkara yang kita buat itu adalah salah..dan kadang-kadang juga kita sudah tahu perkara itu salah..tetapi kita masih melakukannya..kita sebagai INSAN BIASA tidak lepas daripada melakukan kesalahan walaupun ianya kecil...
HAYATI AYAT INI :-
Ibn Mas'ud Berkata.....
" Perkara yang paling SEDIH bila TIBANYA TAHUN BARU adalah UMURKU MENINGKAT tetapi AMALANKU TIDAK BERTAMBAH "
Kata-kata ini sangat MENYEDARKAN kita..membuatkan kita MERENUNG kembali segala apa yang telah kita lakukan pada TAHUN 2011 ini..kata-kata ini juga MENGGERUNKAN bagi saya kerana apa memikirkan perkara yang buruk yang telah kita lakukan yang tidak membawa apa-apa faedah pun.. renung2xkanlah bersama ok...
Kita masih ADA MASA lagi untuk MENGUBAH DIRI kita kearah yang lebih baik lagi...ALLAH SWT masih memberi KESEMPATAN bagi UMMAT-NYA yang ingin BERTAUBAT, ingin MENGUBAH DIRI MEREKA...ini semua tertakluk kepada DIRI ANDA SENDIRI..samaada ingin BERUBAH atau TIDAK BERUBAH...tapi saya menyarankan DIRI SAYA SENDIRI dan ANDA SEMUA di luar sana...sama2xlah kita berubah...walaupun berubah sikit2x, lama-lama akan berubah banyak..insyaALLAH..saya yakin selepas itu akan timbul kesedaran alam diri kita..insyaALLAH (:
\Marilah kita semua BERDOA agar TAHUN BARU INI iaitu TAHUN 2012 nanti...kita semua menjadi lebih baik dari TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA..insyaALLAH..
Tapi ingat..nanti apabila nak sambut kedatangan TAHUN BARU..janganlah meraikannya dengan melakukan perkara-perkara yang NEGATIF ok..sambutlah dengan baik..contohnya..BERDOA, BERZIKIR ataupun perkara yang baik lagi...Sambutlah dengan SEDERHANA sahaja..jangan melampaui BATASAN ISLAM...seperti MINUM ARAK, BERPESTA DI KELAB MALAM dan sebagainya ok..^^
Itu sahaja untuk hari ini...sebelum itu..SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua yang hadir dalam blog saya ini..bagi sesiapa yang hadir dalam blog saya terima kasih banyak2x...^^
SALAM'ALAIK (:
No comments:
Post a Comment