Assalamualaikum wbt kepada semua yang hadir dalam blog saya...dah lama tidak meng'UPDATE' blog ini...hari ini baru terasa, baru terniat nak menyentuh blog ini..tapi tidak mengapa..saya masih aktif lagi dalam blog ini walaupun lama tidak menghantar maklumat terkini..hehe..oklah kita teruskan dengan topik yang akan saya bincangkan dengan anda semua iaitu "BERBAKTI KEPADA IBU BAPA"...
Kita semua sudah tahu, betapa besar kedudukan ibu bapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka..berkenaan dengan BERBUAT BAIK kepada ibu bapa ini..saya nak tanya anda semua..berapa banyak PERKARA BAIK yang telah anda semua lakukan terhadap mereka (ibu bapa)??? Adakah banyak perkara yang kita buat adalah MENYINGGUNG perasaan mereka daripada MENGGEMBIRAKAN hati mereka ??? sama2xlah kita MENILAI DIRI KITA balik, MENGIMBAU KEMBALI perlakuan kita terhadap ibu bapa kita..Kadang-kadang kalau kita nilai balik..seperti lebih banyak perkara membuatkan mereka terasa TERGURIS, kita sebagai ANAK seharusnya tahu BATAS-BATAS dengan ibu bapa kita...
Sebelum kita meneruskan topik kita hari ini, mari kita sama2x MENGHAYATI HADIS dibawah ini...
“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya … ” (Al-Ankabut ayat 8 )
Sabda Nabi SAW ;
“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah
bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh
Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau
bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “
Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian
amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ”
Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang
semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti
Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]
HADIS di atas semuanya menyuruh kita semua BERBAKTI, MENGHORMATI kedua-dua ibu bapa kita..ALLAH memerintah umat manusia supaya BERBAKTI KEPADA IBU BAPA dan BERLEMAH LEMBUT dengan mereka..dari ayat ini ALLAH menyeru kita agar tidak sesekali membuat hati TERGURIS dan jangan sesekali berkasar dengan mereka dalam pelbagai aspek antaranya ialah DALAM PERCAKAPAN, PERBUATAN dan sebagainyalah..ayat ini memerintah melalui LIDAH LUQMAN AL-HAKIM yang menasihati ANAK-ANAKNYA supaya BERBAKTI dan BERBUAT BAIK kepada kedua ibu bapa samaada ketika mereka SIHAT, TUA dan SETELAH MENINGGAL DUNIA..
Antara BENTUK-BENTUK berbuat BAKTI kepada ibu bapa ialah MENTAATI KEWAJIPAN yang mesti ditunaikan untuk mereka...apa yang DIMINTA, DISURUH, oleh ibu bapa kita , SEHARUSNYA kita MENUNAIKANNYA..tapi dengan SYARAT TIDAK BERTENTANGAN dengan SYARIAT ISLAM ok...^^
Antara TANGGUNGJAWAB anak TERHADAP ibu bapa ialah...BERBAKTI, MENGHORMATI, MEMBERI LAYANAN BAIK, MENTAATI terutama sekali bagi ibu bapa kita yang sudah LANJUT USIANYA atau UZUR dan TUA...Anak-anak juga SEHARUSNYA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN di samping MEMOHON KEAMPUNAN daripada ALLAH untuk mereka , samaada ketika mereka MASIH HIDUP atau telah MENINGGAL DUNIA...
SURUHAN dan GESAAN agar BERGAUL dan MELAYANI serta BERKOMUNIKASI dengan kedua ibu bapa kita sewaktu mereka HIDUP di dunia ini menurut CARA dan KEADAAN yang sepatutnya..KONTEKS itu ia merangkumi ibu bapa yang BERLAINAN AGAMA dengan anaknya, ia juga hendaklah BERKOMUNIKASI dengan cara yang sepatutnya seperti BERSOPAN, BERLEMBUT, BERDAKWAH (paling penting!!!), BERTEGUR SAPA dan lainnya....
Antara FAKTOR UTAMA anak2x mestilah MENGHORMATI dan sebagainya kepada ibu bapa kerana ibu bapa merupakan orang yang PALING BANYAK BERKORBAN untuk anak-anak mereka .
IBU mereka yang MENGANDUNG SELAMA 9 BULAN, MELAHIRKAN, MENYUSUKAN , pelbagai KESUKARAN dan KESUSAHAN lain satu demi satu...
BAPA juga banyak BERKORBAN dari sudut TENAGA, MENYARA NAFKAH dan sebagainya...
hurmmm..tapi kalau kita lihat DUNIA SEKARANG..anak-anak MEMBIARKAN ibu bapa mereka di rumah ORANG-ORANG TUA..tidak kesian melihat mereka seperti TERBIAR TIADA ANAK-ANAK..cuba kita FIKIR..masa kita KECIL-KECIL dulu SAMPAILAH kita SUDAH DEWASA..SUDAH BERJAYA..siapa yang MENYARA KITA, siapa YANG MEMBIMBING KITA, siapa YANG MEMBERI SOKONGAN KEPADA KITA..sudah semestinya IBU BAPA kita..KALAU mereka SANGGUP menjaga kita DARI KECIL hingga DEWASA sekarang ni..BUKAN kita pula TIDAK SANGGUP menjaga MEREKA pula SAMPAILAH mereka MENGHEMBUS NAFAS mereka..kalaulah anda sanggup membiarkan mereka di rumah orang2x tua..SAYA YAKIN..anak2x anda juga akan memperlakukan sepertimana anda melakukan terhadap mereka..FIKIR2XKANLAH wahai UMMAT ISLAM..SAUDARA-SAUDARIKU semua..fikirkanlah...renung2xkanlah ok..^^
oklah..sampai disini sahaja untuk hari ini..SEMOGA anda mengambil IKHTIBAR dan PENGAJARAN daripada topik hari ini..supaya MENJADI PANDUAN HIDUP untuk MASA AKAN DATANG..yang kita akan LALUI JUGA nanti..topik hari ini bukan untuk anda sahaja..tapi untuk diri saya sendiri..^^....insyaALLAH kita bertemu lagi dalam blog ini dengan maklumat2x/info2x lain pula ok..
SALAM'ALAIK ^^
No comments:
Post a Comment