
Oklah..hari ini saya nak bincangkan dengan anda semua berkenaan topik "KEIZINAN MEMASUKI BILIK IBUBAPA"..topik ini kedang-kadang kita AMBIL MUDAH sahaja..tapi senarnya SANGAT PENTING dalam KEHIDUPAN SEHARIAN kita...
Sebelum kita bincang tentang topik ini..mari kita sama-sama MEMBACA, MENELITI, FAHAMKAN dan AMBIL PENGAJARAN daripada FIRMAN ALLAH yang BERMAKSUD :
" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari antara kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa ; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengahari, dan sesudah sembahyang isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kemu kepadanya)..."

ULAMA dan AHLI TAFSIR berselisih PENDAPAT berkaitan PERKATAAN "LAYASTAKZINKUM" tersebut , iaitu suruhan meminta izin kepada beberapa pendapat...Antaranya ialah :
1) Menurut pendapat sebagaimana yang dinyatakan oleh Sa'id bin al-Musayyab..HUKUM meminta izin pada 3 waktu sebagaimana yang dinyatakan atau disebutkan dalam AYAT TERSEBUT di atas telah dinaskhkan atau ayat itu dimansukhkan..Antara lain juga, mereka beramal dengan suruhan ayat tersebut hanyalah ketika mana rumah mereka tidak mempunyai tirai atau penyekat..
2) Menurut pendapat kukuh dan lebih tepat, hukum yang dinyatakan dalam ayat tersebut tidak dimansukhkan dan ia merupakan pendapat jumhur ulama dan disokong oleh imam Abu Hanifah..Begitu juga ketika al-Sya;bi ditanya berkaitan perkara tersebut, samada hukum atau ayat tersebut telah dinasakhkan? beliau menjawab: Demi ALLAH tidak sekali-kali..antara lain Sa'id bin Jubair mengatakan bahawa HUKUMNYA tidak dimansukhkan, tetapi suruhan dan diperintah dalam ayat tersebut adalah atas dasar sunat sahaja, bukannya perintah wajib..
3) Ada pendapat mengatakan HUKUM meminta izin tersebut adalah WAJIB..Di mana al-Mahdawi meriwayatkan daripada Ibn Abbas berkaitan perkara tersebut..iaitu meminta izin dalam ayat tersebut adalah tuntutan WAJIB, samada HAMBA atau ANAK..
Itu sahajalah untuk hari ini..tetapi sebelum tu kita kena tahu PENGAJARAN daripada AYAT ini..antaranya ialah :
1) Ayat tersebut menjelaskan tiga waktu khusus, kerana kebiasaannya waktu itu manusia mendedahkan aurat dan terbuka aurat mereka..
2) Suruhan dan didikan meminta izin memasuki bilik ibu bapa dan orang lain pada 3 waktu tersebut terhadap kanak-kanak adalah atas dasar mendidik, supaya mudah membentuk mereka setelah cukup umur nanti..
Oklah kita jumpa lagi dalam TOPIK BARU insyaALLAH..jika ada salah dalam MEMBICARAKAN TOPIK kali ini..diharapkan ANDA berkongsi dan MEMBERITAHU SAYA..^^
SALAM'ALAIK ^^