Assalamualaikum wbt kepada semua yang sudi hadir dalam blog saya pada kali ini...diharapkan anda semua ceria-ceria selalu..sihat-sihat selalu ok...apa yang ANDA semua LAKUKAN sepanjang hari ini??? harap-harap apa yang kita LAKUKAN HARI INI mendapat HIDAYAH dan mendapat KEBERKATAN dari-Nya..insyaALLAH..
Oklah..hari ini saya nak bincangkan dengan anda semua berkenaan topik "KEIZINAN MEMASUKI BILIK IBUBAPA"..topik ini kedang-kadang kita AMBIL MUDAH sahaja..tapi senarnya SANGAT PENTING dalam KEHIDUPAN SEHARIAN kita...
Sebelum kita bincang tentang topik ini..mari kita sama-sama MEMBACA, MENELITI, FAHAMKAN dan AMBIL PENGAJARAN daripada FIRMAN ALLAH yang BERMAKSUD :
" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari antara kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa ; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengahari, dan sesudah sembahyang isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kemu kepadanya)..."
Maksud ayat di atas ini adalah melarang kita untuk memasuki bilik yang bukan MAHRAM bagi kamu semua yang terbahagi kepada TIGA WAKTU..iaitu SEBELUM WAKTU SUBUH, WAKTU TENGAHARI dan SELEPAS WAKTU SOLAT ISYAK...Anda semua mesti tahu kenapa ketiga2x waktu ini kita dilarang memasuki bilik orang lain adalah kerana SEBELUM WAKTU SUBUH adalah waktu itu kebiasaannya orang akan MELUCUTKAN PAKAIAN TIDUR,MENUKAR PAKAIAN dan TENGAH TIDUR dalam keadaan TERDEDAH AURATNYA...bagi WAKTU TENGAHARI pula..sama juga..kita semua ada yang NAK TUKAR BAJU, nak pergi MANDI, nak SALIN PAKAIAN dan MEREHATKAN BADAN (tak suka diganggu ketika BEREHAT)...dan selepas WAKTU SOLAT ISYAK pula..mestilah time tu kita semua nak pergi TIDUR kan?? nak rehatkan BADAN dan MINDA kita...jadi FAHAM2XLAH..jangan mengganggu mereka...tapi kita ni kan..MANUSIA BIASA..ada sahaja KESALAHAN kita lakukan walaupun KECIL..kita main masuk aja dalam bilik orang tanpa BERFIKIR DAHULU SEBELUM MASUK...kalau TAK ADA ORANG tak apa lagi..cuba BAYANGKAN jika ada MAKHLUK ALLAH dalam tu tengah nak SALINKAN PAKAIAN dan tengah TIDUR dan PAKAIANNYA ketika itu TERSELAK sehingga MENAMPAKKAN AURATNYA...jadi semua..sudah faham???? jadi kita FIKIRKANLAH BERSAMA ok ^^ Tak dinafikan juga...kita ni selalu LALAI..selalu TERLEKA..kita MUDAH
LUPA..itula jadinya..apa2xpun kita cuba yang terbaik untuk mengelakkan
daripada berulang lagi... ^^
ULAMA dan AHLI TAFSIR berselisih PENDAPAT berkaitan PERKATAAN "LAYASTAKZINKUM" tersebut , iaitu suruhan meminta izin kepada beberapa pendapat...Antaranya ialah :
1) Menurut pendapat sebagaimana yang dinyatakan oleh Sa'id bin al-Musayyab..HUKUM meminta izin pada 3 waktu sebagaimana yang dinyatakan atau disebutkan dalam AYAT TERSEBUT di atas telah dinaskhkan atau ayat itu dimansukhkan..Antara lain juga, mereka beramal dengan suruhan ayat tersebut hanyalah ketika mana rumah mereka tidak mempunyai tirai atau penyekat..
2) Menurut pendapat kukuh dan lebih tepat, hukum yang dinyatakan dalam ayat tersebut tidak dimansukhkan dan ia merupakan pendapat jumhur ulama dan disokong oleh imam Abu Hanifah..Begitu juga ketika al-Sya;bi ditanya berkaitan perkara tersebut, samada hukum atau ayat tersebut telah dinasakhkan? beliau menjawab: Demi ALLAH tidak sekali-kali..antara lain Sa'id bin Jubair mengatakan bahawa HUKUMNYA tidak dimansukhkan, tetapi suruhan dan diperintah dalam ayat tersebut adalah atas dasar sunat sahaja, bukannya perintah wajib..
3) Ada pendapat mengatakan HUKUM meminta izin tersebut adalah WAJIB..Di mana al-Mahdawi meriwayatkan daripada Ibn Abbas berkaitan perkara tersebut..iaitu meminta izin dalam ayat tersebut adalah tuntutan WAJIB, samada HAMBA atau ANAK..
Itu sahajalah untuk hari ini..tetapi sebelum tu kita kena tahu PENGAJARAN daripada AYAT ini..antaranya ialah :
1) Ayat tersebut menjelaskan tiga waktu khusus, kerana kebiasaannya waktu itu manusia mendedahkan aurat dan terbuka aurat mereka..
2) Suruhan dan didikan meminta izin memasuki bilik ibu bapa dan orang lain pada 3 waktu tersebut terhadap kanak-kanak adalah atas dasar mendidik, supaya mudah membentuk mereka setelah cukup umur nanti..
Oklah kita jumpa lagi dalam TOPIK BARU insyaALLAH..jika ada salah dalam MEMBICARAKAN TOPIK kali ini..diharapkan ANDA berkongsi dan MEMBERITAHU SAYA..^^
SALAM'ALAIK ^^
No comments:
Post a Comment