Saturday, 18 June 2011

ADAB-ADAB BERZIARAH

Assalamualaikum wbt..semua...dah lama tak sentuh blog nie..dalam 2 minggu rasanya..hehe....hurmm..tapi tak apa...hari ni nak bincang sikit la pasal adab-adab berziarah...anda semua mesti sudah tahu kan apa maksud berziarah???? berziarah nie datang/kunjung-mengunjungi ke rumah seseorang bertujuan untuk melawat..nak menyatakan/menanyakan khabar kepada rumah yang kita hendak hadiri...
Apa tujuan kit berziarah???? kerana berziarah ni dapat kita mengeratkan silaturrahim dan saling bermaafan...bukan bertujuan untuk membanding-bandingkan dengan rumah kita...memperagakan pakaian kita..menunjuk-nunjuk barang perhiasan.

Berziarah nie sememangnya dituntut oleh ISLAM...tidak salah untuk kita berziarah..tapi kita kena tahu had dan batasannya ketika berziarah...

ADAB-ADAB SEBELUM BERZIARAH....

- Memilih masa yang sesuai..masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi,  bukan keselesaan pihak anda.
- Memakai pakaian yang sopan (menutup aurat)
- Berniat pertemuan dan perpisahan kerana ALLAH


ANTARA ADAB-ADAB BERZIARAH ,pertama sekali mestilah memaklumkan terlebih dahulu kepada tuan rumah...oleh itu tuan rumah dapat bersiap sedia dahulu sebelum tetamu hadir ke rumahnya..masa itu juga kita dapat tahu adakah masa yang kita hendak berziarah itu , adalah masa yang sesuai...

Kedua..sekali semasa kita datang/sampai ke rumah seseorang..samaada rumah kawan,saudara-mara atau rumah sendiri pun...hendaklah kita mengucapkan(memberi) salam terlebih dahulu sebelum memasuki rumah tersebut...yela..bukan kita nak main masuk aja kan rumah orang..tu tak beradab namanya....ingat tu!!!

Ketiga...mestilah bersalam-salaman dengan tuan rumah dan semua ahli dalam rumah tersebut (kecuali bukan muhrim kita)...semasa bersalam-salaman tu..sambillah kita menanya khabar...menunjukkan kita mengambil berat terhadapnya...tuan rumah akan berasa gembira...

keempat....masuk ke dalam rumah setelah dijemput oleh tuan rumah dan kita meminta izin untuk masuk ke rumah itu.....kalau tuan rumah tak bagi tu..janganlah berkecil hati..mungkin ada sebab tertentu yang menghalang...mungkin dia ada kerja...ada masaalah...jadi kita kena faham la....

kelima...tidak memaksa tuan rumah menerima kedatangan kita....kita tidak boleh memaksa tuan rumah kerana macam tadi juga...mungkin ada perkara yang menghalang...mungkin waktu itu....waktu untuk tuan rumah hendak berehat bersama keluarga...

keenam..ketika bertamu , pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh tuan rumah...sebagai contoh...kita terus sahaja masuk ke dapurnya untuk minum dan sebagainya...nampak macam tak beradap...walaupun tuan rumah tu kawan rapat kita ke..pak cik kita ke..kita juga kena jaga adab bertamu tersebut....

akhir sekali..sebaik-baiknya jangan kita bertamu ke rumah orang lebih dari tiga hari ataupun berjam-jam lamanya....kenapa???? mungkin tuan rumah tersebut kurang selesa untuk berehat bersama keluarga di rumah jika ada tetamu...mungkin juga nak menjaga rahsia/maruah kerana mungkin masa itu ada masalah yang ingin diselesaikan bersama keluarga...berkaitan dengan berjam-jam bertamu itu maksudnya mungkin masa untuk tuan rumah nak berehat..nak tidur...nak buat kerja...kalau tetamu lama-lama sangat kat rumah , macam mana nak lakukan semua tu....yang penting sekali ,tetamu kenalah faham...

ANTARA CARA MENGUNDANG TETAMU...pertama sekali mestilah mengundang orang yang soleh dan tidak melakukan maksiat...jika bercanggah dengan ini..maka perbuatan maksiat akan berlaku...

Kedua...tidak mengkhususkan tetamu kepada orang kaya sahaja...ISLAM tidak menetapkan golongan kaya sahaja yang boleh berziarah.....tak kira harta dan pangkat..semuanya boleh..tiada penghalang....

Ketiga...tidak mengundang tetamu dengan tujuan untuk berbangga...ISLAM melarang kita bermegah-megah dan berbangga-bangga dengan apa yang kita miliki..lagikan menjemput tetamu datang ke rumah untuk menunjuk-nunjuk harta...

Akhir sekali...tidak mengundang orang yang jelas tidak dapat memenuhi undangan seperti orang sakit tenat dan sebagainya...yela..dah tetamu yang dijemput itu sakit tenat..tak berdaya nak datang..bukan kita nak paksa pula...sepatutnya kita yang pergi ke rumahnya untuk menziarahi dan melawatnya..memberi sokongan kepadanya....itu sebenarnya..

Itu sahaja untuk hari ini..semoga kita semua dapat mengambil peringatan ketika dan selepas berziarah...jagalah adab-adab kita sebagai tetamu.....ingatlah....kita tidak boleh berziarah ke rumah seseorang itu pada masa yang tidak sesuai (sebelum subuh...waktu tengahari..waktu malam selepas Isyak)....kalau tuan rumah yang bagi laluan nak buat macam mana..tetapi pandai-pandailah kita...jangan terlalu lama berziarah....
itu sahaja peringatan untuk hari ini...
Assalamualaikum wbt...^^

Thursday, 9 June 2011

CUTI SEKOLAH BUKAN MACAM DULU2X.....^^

Assalamualaikum wbt semua...Hurm...tinggal lagi 4 hari kita cuti sekolah....tapi kenapa cuti nie aku rasa lama sangat.....
rasa macam cuti lebih dari 2 minggu....haha....lama sesangat rasanya....tak tahu nak buat apa cuti nie....
menghabiskan masa dalam bilik...buat keje skit2x...tengok apa2x movie dalam lap top...layan facebook....tidur..makan.....
bersihkan rumah (mak suruh..haha)...
tu la yang selalu aku lakukan time cuti nie....skrang nie ada dekat Rumah aku kat Marang , Terengganu.....
Insyaallah..kalu jadi lepas STPM aku sekeluarga pindah sana...Insyaallah..kalu jadi la....hehe
sunyi je...tak macam dulu...tak semeriah macam time kecik2x dulu...terkenang dekat arwah datuk dan nenek belah mak dengan ayah....
Sekarang nie pun...sedara mara tak ramai kat sana...yela..usia makin meningkat...semuanya ada hala tuju masing-masing...time cuti pun kekadang je dapat berkumpul ramai-ramai....tak macam dulu....
tapi takpe lah....nanti kita semua berkumpul balik membawa kejayaan masing-masing..Insyaallah.....
tapi kita kena ingat....bila kita berjaya....kita tidak boleh lupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa kita yang mendidik kita sejak kecil lagi...jangan jadi macam '' KACANG LUPAKAN KULIT ''..tulah peribahasa yang selalu kita dengar dari dulu..haha...sebab apa kita tak boleh macam tu?????
Sebab..kita ni hanya INSAN BIASA....makhluk yang dijadikan oleh Allah....kita tak boleh berbangga sangat dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita....maksudnya bukan tak bersyukur dengan nikmat-Nya...tapi kita tak boleh menunjuk-nunjuk dan berlagak sombong dengan kelebihan itu...kita hanya perlu bersyukur apa yang kita miliki....
Kejayaan...Kekayaan...Kemewahan....dan lain2x..semuanya nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita...
Syukran Ya Allah....nie hanya tazkirah sahaja sikit2x..hehe....

hurm...memikirkan hari persekolahan yang makin hampir....STPM makin hampir rasanya.....
buku semua dah habis ulang kaji k??? dah bersedia k???? semuanya terletak di tangan kita.....kita sahaja yang tahu.....makin takut pun ada...tapi kebanyakan orang cakap kita tak boleh biarkan perasaan takut tu memenuhi kita...nanti akan menjejaskan ketika belajar...mahupun masa menjawab peperiksaan nanti.....
kita hanya perlu berdoa dan mesti ada usaha sekali.....Insyaallah...boleh!!! (:

Apa-apa pun...semua kawan-kawan saya yang akan menghadapi peperiksaan STPM ataupun di mana-mana Universiti , kolej , Maktab ataupun Politeknik...lakukanlah yang terbaik....kalu kita berusaha bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasil yang baik juga...Insyaallah.....

Itu sahaja la untuk hari ni...moga-moga kita semua menempuhi kehidupan ini dengan penuh kenikmatan...dan kemuliaan...Insyaallah....dan sebelum tu..sekali lagi..
kita mesti ingat kita hanyalah INSAN BIASA....
SALAM'ALAIK......(:

Sunday, 5 June 2011

Sifat Riyak Dalam Diri Kita yang Patut Dijauhi..

Assalamualaikum semua...hurm rasanya dah seminggu tak sentuh blog ni..haha...tapi tak apa....
hurm hari nie saya nak bincang sikit tentang sifat Riyak yang ada pada diri kita...kita sebagai manusia...
masing-masing ada sifat Riyak mereka....adakah sifat Riyak ni suatu amalan yang baik yang perlu ada pada diri kita????? Tidak sama sekali....

Adakah anda semua tahu maksud Riyak itu??? rasanya semua dah dimaklumkan oleh mana-mana pihak kan???

Riyak ni adalah melakukan sesuatu semata-mata untuk menunjuk-nunjuk . Ia adalah bertentangan dengan sifat Ikhlas....dengan itu serta-merta sesuatu yang kita lakukan itu tidak mendapat apa-apa faedah dan pahala...

Ada sedikit peringatan tentang BAHAYANYA RIYAK...
Pertamanya ,Riyak adalah sifat orang munafik , ia adalah salah satu dosa besar . Kedua , Riyak merupakan maksiat hati yang amat menggugat kejernihan jiwa dan amal . Ketiga , Nabi S.A.W. pernah mengingatkan bahawa riyak itu sebagai syirik batin dan syirik kecil yang tersembunyi .

Ancaman balasan Riyak di Akhirat .....
Berdasarkan beberapa ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W. banyak contoh balasan kepada orang yang riyak antaranya ialah :-

1. Allah memerintahkan kepada tiga orang riyak dalam setiap amalan mereka iaitu orang yang berjuhad , ahli Al-Quran dan orang kaya dicampakkan ke dalam neraka kerana mereka beramal bukan kerana Allah.

2. Balasan neraka wail kepada mereka yang melakukan ibadah solat dalam keadaan riyak.

3. Allah memerintah malaikat mencampakkan sahaja amalan-amalan hamba-Nya yang disertai bersamanya sifat riyak.

4. Allah menyuruh hambanya yang riyak dalam amalan mereka supaya ditunjukkan amalannya di akhirat kelak.

Antara cara-cara mengatasi sifat Riyak...

1. Merasa takut dengan kemasyuran kerana bimbangkan kesan dan pengaruh tergadap diri dan agama .

2. Kerap menuding jari kepada diri sendiri iaitu menyalahkan diri sendiri kerana lalai menunaikan perintah Allah S.W.T. dan cuai terhadap kewajipan agama .

3. Tidak mengejar pujian dan tidak terpesona dengannya .

4. Tidak bakhil memuji orang yang patut dipuji .

5. Bekerja tanpa mengira kedudukan sebagai pemimpin atau pengikut .

6. Lebih suka mencari keredhaan Allah daripada keredhaan manusia .

7. Menghindari penyakit kagum terhadap diri...

Itu sahaja untuk hari ini...moga-moga topik hari ini , kita dapat mengawal sifat Riyak kita daripada merosakkan diri kita kearah keburukan..Insyaallah..bersama-samalah kita menghindarinya...SALAM'ALAIK...
(dipetik dari buku sukatan Usrah Badar)
Diubah skit2..^^