Sunday 5 June 2011

Sifat Riyak Dalam Diri Kita yang Patut Dijauhi..

Assalamualaikum semua...hurm rasanya dah seminggu tak sentuh blog ni..haha...tapi tak apa....
hurm hari nie saya nak bincang sikit tentang sifat Riyak yang ada pada diri kita...kita sebagai manusia...
masing-masing ada sifat Riyak mereka....adakah sifat Riyak ni suatu amalan yang baik yang perlu ada pada diri kita????? Tidak sama sekali....

Adakah anda semua tahu maksud Riyak itu??? rasanya semua dah dimaklumkan oleh mana-mana pihak kan???

Riyak ni adalah melakukan sesuatu semata-mata untuk menunjuk-nunjuk . Ia adalah bertentangan dengan sifat Ikhlas....dengan itu serta-merta sesuatu yang kita lakukan itu tidak mendapat apa-apa faedah dan pahala...

Ada sedikit peringatan tentang BAHAYANYA RIYAK...
Pertamanya ,Riyak adalah sifat orang munafik , ia adalah salah satu dosa besar . Kedua , Riyak merupakan maksiat hati yang amat menggugat kejernihan jiwa dan amal . Ketiga , Nabi S.A.W. pernah mengingatkan bahawa riyak itu sebagai syirik batin dan syirik kecil yang tersembunyi .

Ancaman balasan Riyak di Akhirat .....
Berdasarkan beberapa ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W. banyak contoh balasan kepada orang yang riyak antaranya ialah :-

1. Allah memerintahkan kepada tiga orang riyak dalam setiap amalan mereka iaitu orang yang berjuhad , ahli Al-Quran dan orang kaya dicampakkan ke dalam neraka kerana mereka beramal bukan kerana Allah.

2. Balasan neraka wail kepada mereka yang melakukan ibadah solat dalam keadaan riyak.

3. Allah memerintah malaikat mencampakkan sahaja amalan-amalan hamba-Nya yang disertai bersamanya sifat riyak.

4. Allah menyuruh hambanya yang riyak dalam amalan mereka supaya ditunjukkan amalannya di akhirat kelak.

Antara cara-cara mengatasi sifat Riyak...

1. Merasa takut dengan kemasyuran kerana bimbangkan kesan dan pengaruh tergadap diri dan agama .

2. Kerap menuding jari kepada diri sendiri iaitu menyalahkan diri sendiri kerana lalai menunaikan perintah Allah S.W.T. dan cuai terhadap kewajipan agama .

3. Tidak mengejar pujian dan tidak terpesona dengannya .

4. Tidak bakhil memuji orang yang patut dipuji .

5. Bekerja tanpa mengira kedudukan sebagai pemimpin atau pengikut .

6. Lebih suka mencari keredhaan Allah daripada keredhaan manusia .

7. Menghindari penyakit kagum terhadap diri...

Itu sahaja untuk hari ini...moga-moga topik hari ini , kita dapat mengawal sifat Riyak kita daripada merosakkan diri kita kearah keburukan..Insyaallah..bersama-samalah kita menghindarinya...SALAM'ALAIK...
(dipetik dari buku sukatan Usrah Badar)
Diubah skit2..^^

No comments:

Post a Comment