Saturday, 18 June 2011

ADAB-ADAB BERZIARAH

Assalamualaikum wbt..semua...dah lama tak sentuh blog nie..dalam 2 minggu rasanya..hehe....hurmm..tapi tak apa...hari ni nak bincang sikit la pasal adab-adab berziarah...anda semua mesti sudah tahu kan apa maksud berziarah???? berziarah nie datang/kunjung-mengunjungi ke rumah seseorang bertujuan untuk melawat..nak menyatakan/menanyakan khabar kepada rumah yang kita hendak hadiri...
Apa tujuan kit berziarah???? kerana berziarah ni dapat kita mengeratkan silaturrahim dan saling bermaafan...bukan bertujuan untuk membanding-bandingkan dengan rumah kita...memperagakan pakaian kita..menunjuk-nunjuk barang perhiasan.

Berziarah nie sememangnya dituntut oleh ISLAM...tidak salah untuk kita berziarah..tapi kita kena tahu had dan batasannya ketika berziarah...

ADAB-ADAB SEBELUM BERZIARAH....

- Memilih masa yang sesuai..masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi,  bukan keselesaan pihak anda.
- Memakai pakaian yang sopan (menutup aurat)
- Berniat pertemuan dan perpisahan kerana ALLAH


ANTARA ADAB-ADAB BERZIARAH ,pertama sekali mestilah memaklumkan terlebih dahulu kepada tuan rumah...oleh itu tuan rumah dapat bersiap sedia dahulu sebelum tetamu hadir ke rumahnya..masa itu juga kita dapat tahu adakah masa yang kita hendak berziarah itu , adalah masa yang sesuai...

Kedua..sekali semasa kita datang/sampai ke rumah seseorang..samaada rumah kawan,saudara-mara atau rumah sendiri pun...hendaklah kita mengucapkan(memberi) salam terlebih dahulu sebelum memasuki rumah tersebut...yela..bukan kita nak main masuk aja kan rumah orang..tu tak beradab namanya....ingat tu!!!

Ketiga...mestilah bersalam-salaman dengan tuan rumah dan semua ahli dalam rumah tersebut (kecuali bukan muhrim kita)...semasa bersalam-salaman tu..sambillah kita menanya khabar...menunjukkan kita mengambil berat terhadapnya...tuan rumah akan berasa gembira...

keempat....masuk ke dalam rumah setelah dijemput oleh tuan rumah dan kita meminta izin untuk masuk ke rumah itu.....kalau tuan rumah tak bagi tu..janganlah berkecil hati..mungkin ada sebab tertentu yang menghalang...mungkin dia ada kerja...ada masaalah...jadi kita kena faham la....

kelima...tidak memaksa tuan rumah menerima kedatangan kita....kita tidak boleh memaksa tuan rumah kerana macam tadi juga...mungkin ada perkara yang menghalang...mungkin waktu itu....waktu untuk tuan rumah hendak berehat bersama keluarga...

keenam..ketika bertamu , pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh tuan rumah...sebagai contoh...kita terus sahaja masuk ke dapurnya untuk minum dan sebagainya...nampak macam tak beradap...walaupun tuan rumah tu kawan rapat kita ke..pak cik kita ke..kita juga kena jaga adab bertamu tersebut....

akhir sekali..sebaik-baiknya jangan kita bertamu ke rumah orang lebih dari tiga hari ataupun berjam-jam lamanya....kenapa???? mungkin tuan rumah tersebut kurang selesa untuk berehat bersama keluarga di rumah jika ada tetamu...mungkin juga nak menjaga rahsia/maruah kerana mungkin masa itu ada masalah yang ingin diselesaikan bersama keluarga...berkaitan dengan berjam-jam bertamu itu maksudnya mungkin masa untuk tuan rumah nak berehat..nak tidur...nak buat kerja...kalau tetamu lama-lama sangat kat rumah , macam mana nak lakukan semua tu....yang penting sekali ,tetamu kenalah faham...

ANTARA CARA MENGUNDANG TETAMU...pertama sekali mestilah mengundang orang yang soleh dan tidak melakukan maksiat...jika bercanggah dengan ini..maka perbuatan maksiat akan berlaku...

Kedua...tidak mengkhususkan tetamu kepada orang kaya sahaja...ISLAM tidak menetapkan golongan kaya sahaja yang boleh berziarah.....tak kira harta dan pangkat..semuanya boleh..tiada penghalang....

Ketiga...tidak mengundang tetamu dengan tujuan untuk berbangga...ISLAM melarang kita bermegah-megah dan berbangga-bangga dengan apa yang kita miliki..lagikan menjemput tetamu datang ke rumah untuk menunjuk-nunjuk harta...

Akhir sekali...tidak mengundang orang yang jelas tidak dapat memenuhi undangan seperti orang sakit tenat dan sebagainya...yela..dah tetamu yang dijemput itu sakit tenat..tak berdaya nak datang..bukan kita nak paksa pula...sepatutnya kita yang pergi ke rumahnya untuk menziarahi dan melawatnya..memberi sokongan kepadanya....itu sebenarnya..

Itu sahaja untuk hari ini..semoga kita semua dapat mengambil peringatan ketika dan selepas berziarah...jagalah adab-adab kita sebagai tetamu.....ingatlah....kita tidak boleh berziarah ke rumah seseorang itu pada masa yang tidak sesuai (sebelum subuh...waktu tengahari..waktu malam selepas Isyak)....kalau tuan rumah yang bagi laluan nak buat macam mana..tetapi pandai-pandailah kita...jangan terlalu lama berziarah....
itu sahaja peringatan untuk hari ini...
Assalamualaikum wbt...^^

No comments:

Post a Comment