Tuesday, 20 September 2011

Artis Menjadi Idola Masyarakat Kini...

Assalamualaikum wbt kepada semua Ummat Islam yang sudi membaca topik yang akan dibicarakan pada hari ini iaitu " Artis Menjadi Idola Masa Kini"....Artis semakin menjadi pujaan masyarakat walaupun artis itu melakukan perkara yang tidak sepatutnya...dalam konteks ayat ini menyatakan bahawa pelbagai bentuk kesalahan yang dilakukan oleh artis kita pada masa kini ( tidak merujuk mana2x artis )...Contohnya apa??? banyak...iaitu..menghalalkan benda yang haram..tidak menutup aurat..bebas memegang/memeluk bukan Mahramnya...dan banyak lagi...

Berkenaan topik pada hari ini...sebelum itu mari kita lihat artis2x kita yang menjadi pujaan ramai sebelum ini membuat pengakuan (pendapat mereka) tentang pemakaian tudung..pakaian mereka..dan sebagainya..mari kita sama2x saksikannya...



hurmm..dah tengok?? dah dengar??? maaf la kalau tidak jelas..ambil dekat youtube..video ni dah lama sebenarnya..semua dah tahu rasanya..saja nak imbas kembali untuk menjadi contoh dan teladan kepada kita semua (UMMAT ISLAM)...

Mula2 kita ambik contoh artis yang pertama ini..lupa pula namanya...yang membicarakan tentang kewajipan memakai tudung...beliau menyatakan dia sanggup membuka tudungnya untuk memainkan dan menghayati watak dalam cerita yang diberikan...mula2x sekali nak tanya...adakah beliau ini memakai tudung itu kerana Allah ataupun dengan permintaan lakonan watak dalam cerita sahaja...memakai tudung ni adalah WAJIB kepada semua golongan HAWA...bagi di luar sana..yang mendedahkan Aurat..tutuplah aurat tersebut...peliharakanlah kehormatan diri dengan sebaik-baiknya..masih ada masa lagi untuk kita berubah..

Artis yang kedua...iaitu Watie...yang membicarakan tentang kewajipan berpakaian mendedahkan aurat...kalau kita dengar elok2x..kata beliau bukan perempuan yang tidak menutup aurat itu JAHAT..ye..memang betul..tetapi yang sebenarnya soal berpakaian dan menutup aurat itu menjadi keutamaannya sebenarnya...fikir-fikirkanlah ye...beliau menyatakan lagi..beliau memakai pakaian itu (tak menutup aurat) adalah permintaan daripada MAJALAH..MAJALAH???? disebabkan permintaan tersebut beliau sanggup mengadaikan maruah dirinya untuk memperomosikan kepada peminat..sebenarnya permintaan MAJALAH ataupun perintah ALLAH SWT yang sepatutnya kita ikuti...??? sudah semestinya ALLAH SWT... disebabkan kekufuran dan kejahilan tentang AGAMA...itulah jadinya kepada artis kita sekarang ni..yang menjadi pujaan sangat kepada masyarakat...

Artis kita yang ketiga...iaitu Rosnah Mat Aris..ni yang paling tidak disenangi aabila kita mendengar hujahnya..hurmm..beliau membiacarakan tentang UMUR..umur ketika berkahwin...yang paling tidak disenangi percakapannya yang menghina isteri RASULULLAH iaitu SITI KHATIJAH...beliau membezakan/membandingkan umur perkahwinannya dengan isteri nabi..beliau kata apa??? SITI KHATIJAH berkahwin dengan RASULULLAH semasa usianya 40 tahun dan RASULULLAH berusia 20 tahun..itu ok lagi..betul la dia cakap tu..tapi kita dengar ayat selepasnya..dia kata apa.."DAH NAK MAMPUS KE TIDAK TU"..kalau kita dengar..apa pandangan kita terhadap percakapan itu??? mestilah kita rasa kurang sopankan?? tapi yang peliknya..penonton/peminat di studio itu memberi sokongan apa yang diperkatakan oleh beliau..sedangkan perkataan itu jelas kasar bahasanya...apa yang diperkatakan itu seolah-olah isteri nabi tidak sedar diri..umur sebegitu nak kahwin muda...aduhaiiii artis zaman kita ni..apa nak jadi...sama2x kita renung2xkanlah....sebelum itu nak perkatakan juga beliau "menghalalkan benda yang haram"..beliau seperti menghalalkan suntikan BOTOX yang diharamkan oleh ISLAM..tapi dia kata apa??? dia suka dengan suntikan itu..hurmmm...

Dalil wajibnya menutup aurat
                Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

Allah Ta’ala juga menyebut di dalam al-Quran :
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60)

Seterusnya, Allah Ta’ala juga menyebut :
 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)

Ini ialah perintah yang turun dari tujuh petala langit kepada para wanita Muslimah supaya memelihara aurat dan kehormatan mereka. Dan hendaklah para wanita bersegera untuk menyahut seruan Allah ini kerana ia merupakan tanda keimanan, kehambaan serta kepatuhan kita kepadaNya. Ayat-ayat suci ini diulas dan diperincikan dengan lebih lanjut oleh hadis-hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam supaya para wanita memahami bagaimanakah untuk menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh agama dan bukannya menutup aurat mengikut syariat sendiri ataupun kemahuan sendiri. Hadis diatas juga adalah untuk menerangkan bahawa apa yang diperkatakan oleh artis kita diatas itu adalah tidak benar sama sekali...(=




Kesimpulannya...tidak semua artis yang sebegini..mana yang baik kita ambik..mana yang buruk kita jauhkan ok ^^..kalau kita lihat..ramai dah artis kita sudah menutup aurat..itu oklah dari artis yang masih tidak sedar diri kan??? sekurang-kurangnya berubah..walaupun sedikit2x lama2x kita akan sedar juga..InsyaAllah...moga2x atis kita semua mendapat hidayah daripada ALLAH SWT..InsyaAllah..
Keterangan ni bukan untuk mengaibkan sesiapa (artis) dan semua HAMBA ALLAH yang lain
(UMMAT ISLAM)...saya sendiri pun ada kelemahan dan kekurangan pada diri..bersama2xlah kita berubah ok..  =)
OKlah..sampai disini sahaja untuk hari ini..nak komen banyak2x takut hukum salah pula nanti..takut salah penerangan tentang hukum hakam...^^
SALAM'ALAIK...JUMPA LAGI..^^

No comments:

Post a Comment