Saturday, 10 September 2011

TABIAT WANITA DAN PERANGAINYA....

Assalamualaikum wbt semua...hari nie nak bercerita sedikit tentang TABIAT WANITA DAN PERANGAINYA..

Dipetik dalam hadis menjelaskan SIFAT dan FITRAH wanita itu dijadikan dalam keadaan banyak karenah dan gelagatnya..Secara umumnya, tindakan mereka banyak mempengaruhi oleh nafsu, berbanding akal..Manakala lelaki pula bertindak menggunakan atau berpandukan akal berbanding nafsu. Antara lain..dari sudut fizikalnya mereka adalah lemah-lembut,sopan-santun,pemalu, berbanding lelaki yang lebih kasar,bertenaga dan suka berterus-terang dan lebih lasak...Ini semua adalah hikmah kurniaan ALLAH yang melebihkan di antara satu sama lain...

 Wanita terkenal dengan hemah dan budi pekertinya yang penyantun dan mulia. Namun tidak semua wanita mempunyai sifat-sifat terpuji seperti mana yang di tuntut dalam Islam. Setiap insan yang dijadikan Allah SWT memiliki kelebihan dan kekurangannya. Maka terjadinya pelbagai watak dan tabiat wanita dalam pelbagai bentuk dan rupa. Meskipun sesetengah manusia mempunyai watak seperti haiwan, namun jika ia mendapat didikan dan agama yang secukupnya serta menyedari kekurangan serta kesilapannya, maka ia akan kembali ke watak WANITA sebenar seperti yang dituntut oleh Islam.

Hurmm...jika kita lihatlah pada masa kini..dunia sudah terbalik...tak percaya??? lihatlah dalam surat khabar ke...mahupun dalam dunia nyata...lelaki nak jadi perempuan..perempuan nak jadi lelaki...pasangan sejenis.. apa dah jadi??? mereka x bersyukur k HIKMAH yang ALLAH berikan kepadanya..hurm..banyak faktor yang mendorong berlakunya perkara tersebut..sama2xlah kita renung2xkannya...

Oklah..kita kembali kepada topik asal...^^ Islam sangat mementingkan martabat seseorang wanita..kerana apa??? seperti Hadis diatas..wanita merupakan insan yang peribadinya yang lemah lembut,bersopan santun yang dikurniakan oleh ALLAH..dan sebagaimana yang disyariatkan oleh ALLAH dan ISLAM..

Akhlak buruk (perangai)..seseorang wanita..akan merosakkan keharmonian rumah tangga
(apabila berkahwin)..dan menunjukkan wanita ini mempunyai akhlak dan perangai yang buruk... macam sekarang la..apabila seseorang wanita berperangai sedemikian..mulalah buah mulut dan fitnah keluar..lebih2x lagi wanita yang sudah berkahwin..dituduh curang dengan suami..melacur dan banyak lagi...itu baru wanita yang buruk akhlaknya kena fitnah...yang lebih teruk lagi...apabila wanita suci, berakhlak baik dituduh benda yang keji yang tidak dilakukannya..hurmm..


Terdapat 9 watak dan tabiat yang dinyatakan di dalam kitab muktabar. Namun ianya hanyalah perbandingan sahaja..tidak sekali-kali menyamakan kaum wanita dengan haiwan... : 

1. Tabiat Babi
Tabiatnya seperti tidak ubah seperti tabiat babi. Dalam soal makan dan minum mereka suka memecahkan piring dan pinggan mangkuk. Mereka juga suka keluar rumah tanpa meminta keizinan suami. Dan suka berjalan-jalan ke mana sahaja yang mereka suka. Mereka tidak mempedulikan urusan ibadat dan tidak suka menuntut ilmu dan suka melanggar perintah agama. Malah mereka tidak suka tunduk dan taat kepada suami.

2. Tabiat Kuda
Wanita yang bertabiat seperti ini suka memakai pakaian yang berwarna-warni seperti warna merah, kuning atau hijau supaya kelihatan menyerlah. Mereka suka memakai barang-barang perhiasan untuk bermegah-megah, seperti emas atau perak. Mereka juga tidak mahu kalah kepada suaminya.

3. Tabiat Anjing
Wanita yang bertabiat begini seorang yang sangat cerewet. Suka membebel, bersifat berani, melawan suami, membentak dan memaki hamun suami. Namun begitu dia seorang yang sangat setia kepada suaminya. Wanita penurut perintah suami, marahnya hanya untuk seketika sahaja.

4. Tabiat Ular
Wanita yang bertabiat seperti ular adalah seorang wanita pendiam dan pendendam. Mereka dapat menguasai suaminya, bila mereka bermusuh dengan seseorang. Suaminya akan dijadikan alat untuk menyerang musuhnya.

5. Tabiat Kala Jengking
Wanita yang bertabiat kala jengking suka menempel dan berkumpul sesama wanita lain. Hobinya suka memburukkan orang lain, biarpun suami atau keluarga saudara mara sendiri. Selain mengumpat mereka juga suka mengadu akan hal-hal orang lain. Dari sikap dan perangai mereka yang buruk itu juga boleh membuatkan orang lain berlaga sesama sendiri. Wanita seperti ini hanya suami yang sabar sahaja yang boleh hidup lama bersama mereka.

6. Tabiat Tikus
Wanita yang bersifat begini suka menyeluk poket suami, dan mereka dengan berani mengambil wang dari suami, walaupun tanpa mendapat keizinan daripada suami.

7. Tabiat Singa
Bersikap garang terhadap suami, namun mereka seorang yang pendiam tetapi seorang yang bersikap pengawal. Apabila diganggu, mereka akan melawan tanpa merasa segan dan silu.

8. Tabiat Kambing
Wanita yang baik dan soleh, taat kepada suami dan sayang kepada anak-anak. Mereka bersifat berkecuali, tidak mahu mencampuri urusan suami atau orang lain. Mereka suka berbakti kepada masyarakat dan taat kepada Allah SWT dan RasulNya.

9. Tabiat Ayam
Wanita yang bertabiat begini seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang anak-anak dan suami. Hidupnya tidak suka bermegah-megah, seorang wanita yang cukup taat kepada suami dan Allah SWT.
copy (tabiat2x wanita ini) di : http://tigosotigo.blogspot.com/2009/07/9-watak-tabiat-wanita.html 
(Pemuda Ahli Sunnah)

itu sahajalah untuk dikongsi pada hari ini...topik hari ini bukan untuk memperburuk-burukkan KAUM HAWA..tetapi untuk memberi penerangan dan untuk memberitahu apa yang baik..apa yang buruk sahaja...
KAUM ADAM juga banyak kebaikkan dan keburukannya...biasalah kita sebagai HAMBA ALLAH
(INSAN BIASA) .. banyak buat kesilapan terhadap-NYA...sama2x kita renungkan ok.. =)
sampai disini sajalah topik kita hari ni... InsyaAllah kita akan berkongsi Ilmu lain pula ok yang boleh menjadi petunjuk kepada kita semua (UMMAT ISLAM)
Salam'alaik...^^



No comments:

Post a Comment