Sunday, 29 May 2011

ADAB-ADAB DENGAN SAHABAT

Assalamualaikum .....dan selamat malam semua....Hari nie nak bercerita tentang ADAB-ADAB DENGAN SAHABAT..kadang-kadang kita rasa benda ni tak penting sangat dalam pergaulan dengan rakan-rakan kita...ye la...mungkin kita rasa sudah sangat rapat (kawan baik) dengan kita..kita boleh bergurau-gurau dengannya....

kadang-kadang kita bergurau melampaui batas...mungkin kita lihat rakan kita tu terima apa yang kita buat...
tetapi kita tidak tahu bagaimana hati dan perasaannya...oleh itu , jagalah akhlak dan tingkah laku kita untuk mengelakkan rakan kita itu berkecil hati , terasa hati , makan hati dan apa-apa sajalah yang melibatkan hati dan perasaan . kalau rakan kita mengajak kita lakukan perkara mungkar..itu barulah perlu untuk kita mengingkarinya...

kadang-kadang kita lihat..ramai rakan kita mengikut kehendak kawannya...sehinggakan dirinya rosak ke arah keburukan...alasannya kerana tidak mahu melukakan hati kawan mereka sedangkan perbuatan itu salah!!! jadi hari nie saya nak berkongsi sedikit tentang adab-adab dengan sahabat...
moga-moga kita semua dapat mengambil peringatan ketika bergaul dengan rakan-rakan nanti...

Pertama sekali saya nak sentuh tentang SYARAT-SAYARAT MEMILIH RAKAN...antaranya ialah BERAKAL...
kenapa??? kerana tiada faedah berkawan dengan orang dungu atau bodoh (jahil) , yang mungkin membawa kebahayaan kepada kita...

Selain itu mestilah BERAKHLAK MULIA..berkawan dengan orang yang berakhlak buruk dan keji akan menyebabkan kita terpengaruh dan terikut-ikut akan tingkah lakunya . kadang-kadang kita lakukan juga kerana untuk menjaga hati kawan semata-mata...itu salah!!!

Akhir sekali BERTAQWA..Orang yang tiada perasaan "khasyatulla" (takutkan Allah) dalam dirinya , akan berani melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah . Oleh itu..hidup kita tidak akan sempurna daripada perbuatan jahat dan gangguannya...

Keduanya..barulah saya nak sentuh pasal ADAB-ADAB DENGAN SAHABAT....

pertama , hendaklah kita terlebih dahulu memberi salam apabila bertemu dengan sahabat kita dan bersalaman dengannya.....

kedua , sekiranya rakan kita sakit , hendaklah kita menziarahinya . Ketika berziarah perlulah kita mendoakan agar cepat sembuh dan elakkan terlalu lama ketika menziarahinya .

ketiga , apabila mereka meninggal dunia hendaklah kita menziarahinya dan mengiri jenazahnya hingga ke tanah perkuburan

keempat , hendaklah melaksanakan janji-janji dan sumpahnya yang belum terlaksana , selagi mana sumpahya itu tidak bertentangan dengan syari'at .

kelima , hendaklah kita melakukan sesuatu perkara yang disukainya

keenam , hendaklah kita sentiasa menolong dan membantunya sekiranya dia memerlukan

ketujuh , janganlah kita menyakiti atau membuat sesuatu yang tidak disukainya , apatah lagi buli kerana Islam melarang kita melakukan kekerasan sesama Islam .

kelapan , hendaklah kita menghormatinya jangan membangga diri terhadapnya

kesembilan , janganlah kita meninggalkannya atau memulaukannya lebih dari tiga hari , sekiranya ada masalah dan saling bermasam muka , maka cara yang terbaik ialah saling bermaaf-maafan .Orang yang memulakan pergaduhan tersebut perlulah meminta maaf terlebih dahulu

kesepuluh , jangan kita sama sekali mengumpat , menghina dan memperkecil-kecilkannya

kesebelas , jangan kita mencela ,mencemuhnya semasa hidupnya atau setelah meninggal dunia

kedua belas , jangan kita berperasaan hasad dengki , iri hati serta mencari-cari kesalahan atau keburukan rakan kita

ketiga belas , jangan kita menipu serta mengkhianatinya ketika bergaul dengan mereka terutamanya dalam urusan seharian seperti jual beli dan sebagainya

keempat belas , sekiranya kita berhutang dengannya hendaklah menjelaskannya dengan segera

kelima belas , hendaklah kita memuliakan kawan yang lebih tua daripada kita dan mengasihani yang lebih kecil

akhir sekali , sekiranya sahabat kita berbuat baik , berilah ganjaran yang setimpal , sekurang-kurangnya ucapan terima kasih atau mendoakan kebaikan untuknya . Memaafkannya sekiranya mereka melakukan kesilapan

Itu saja yang dapat saya kongsikan untuk hari nie..moga-moga kita dapat mengharunginya dengan baik dan jagalah akhlak dan adab-adab kita ketika bergaul dengan sahabat...topik hari ini bukan untuk ditujukan kepada sesiapa..sama ada hidup atau mati..tetapi untuk semua ( Ummat Islam ) serta saya sendiri...
Salam'Alaik (;

Friday, 27 May 2011

kewibawaan Naqib/Naqibah

Assalamualaikum wbt..dan selamat malam semua.....Hari nie nak berkongsi sedikit tentang kewibawaan seorang Naqib/Naqibah...apa makna Naqib/Naqibah???

sebagai contoh la...semasa kita dekat sekolah...kita dilantik untuk menjadi Naqib/Naqibah...diberi kumpulan untuk memimpinnya...tanggungjawabnya sangatlah berat...amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh guru-guru kita amatlah tinggi...bukan senang untuk mengajak anak-anak buah kumpulan kita untuk bersama-sama menjayakan sesi Usrah dengan ahli kumpulan...Naqib/Naqibah nie mestilah pandai untuk menarik minat ahli kumpulannya untuk tidak leka,tidak boring ketika sesi tersebut dijalankan...pelbagai cara dapat kita buat untuk menarik minat ahli kumpulan antaranya tidak terlalu fokus dengan topik yang hendak ditujukan kepada mereka , mengajak mereka berkongsi pendapat/masalah yang dihadapi agar kita dapat bersama-sama membantu menyelesaikannya dan bnyak lagi cara lain sebenarnya..mengikut cara Naqib/Naqibah itu sendiri..

Kita selalu dengar kewibawaan seseorang pemimpin amatlah penting...apa maksud wibawa tu??? wibawa itu bermaksud kekuasaan dan keupayaan yang membolehkan seseorang menguasai atau mengarah orang atau menerbitkan pengaruhnya...maksud di sini bukanlah kita mengarah,menguasai sepenuhnya serta menindas ahli kumpulannya kerana ketuanya itu sendiri perlu bersama-sama membantu menyelesaikan segala hal , masalah dan urusan yang dihadapi ahli kumpulannya...oleh itu mereka(ahli kumpulan) akan memandang tinggi kepada kita...niat seseorang ketua mestilah kerana ALLAH S.W.T..bukanlah berniat untuk mendapat nama , untuk menunjuk-nunjuk semata-mata...itu SALAH!!

ANTARA KEWIBAWAAN NAQIB/NAQIBAH antaranya ialah pertamanya menyampaikan dakwah kepada manusia..

kedua menggilab jiwa manusia (zikir,banyakkan puasa,bersedekah,dll)..ketiga mengajar manusia Al-Kitab(Al-Quran) dan Al-Hikmah (Sunnah Nabi)..dan akhir sekali mengalih kegelapan kejahilan kesesatan dari sinaran keilmuan...ciri-ciri kewibawaan di atas perlulah ada pada seseorang pemimpin..Insyaallah..kita dapat menjayakannya dengan mengamalkan ciri-ciri di atas..Insyaallah..

Kita dipilih menjadi Naqib/Naqibah ini adalah kerana mendapat kepercayaan daripada guru-guru kita...
guru-guru kita memandang dari segi keperibadian sahsiah dan akhlak seseorang itu...setiap kelakuan kita mencerminkan keperibadian seseorang...

Antara AKHLAK seseorang Naqib/Naqibah ialah pertama merendah diri dan ada perasaan malu..biasalah Naqib/Naqibah juga adalah INSAN BIASA..mesti ada kesalahan yang kita lakukan..jadi seseorang itu mesti merendah diri dalam setiap perkara yang kita lakukan..

kedua, menjauhkan diri daripada perkara haram dan syubhat...cuba kita bayangkan..jika seseorang Naqib/Naqibah melakukan perkara salah satu kesalahan tersebut..adakah ahli-ahlinya akan memandang tinggi kepadanya????mestilah tidak....

ketiga, menjaga lidah . ketika kita sedang menjalankan sesi Usrah...Naqib/Naqibah perlulah menjaga lidah supaya tidak terkeluar kata-kata yang kurang sopan agar tidak memalukan/mengaibkan/menjatuhkan ahli-ahlinya...

keempat, Muhasabah dan Muraqabah(rasa dirinya diawasi oleh ALLAH) dari ahli-ahlinya serta Naqib/Naqibah itu sendiri....sama-samalah mengajak ahli-ahlinya renung-renugkan asal-usul kejadian kita dan fikir kembali segala kesalahan-kesalahan yang dilakukan selama ini untuk diperbaiki kearah yang lebih baik..Insyaallah..



Hurmm..itu saja untuk hari ni..moga-moga kita dapat bersama-sama mengamalkannya jika suatu hari nanti kita bakal menjadi pemimpin...pemimpin ni banyak antaranya sebagai suami,sebagai isteri,dalam kerjaya dan pelbagai lagi...jadi cukup disini saja ya...Insyaallah saya akan berkongsi lagi maklumat lain...Insyaallah..Assalamualaikum... (: 

Tuesday, 24 May 2011

AKHLAK-AKHLAK REMAJA SEKARANG

Assalamualaikum wbt..dan selamat malam semua....malam nie nak berkongsi sedikit tentang akhlak-akhlak remaja yang berlaku sekarang nie....walaupun kita sudah tahu dan ambil sambil lewa dengan perkara ni..tetapi tidak semestinya akhlak kita sempurna sepenuhnya...

hurmm...apa itu AKHLAK??? kenapa pentingnya akhlak dalam diri kita??? mesti anda semua sudah tahu jawapannya kan..hehe...

Akhlak amat penting dalam diri kita kerana ianya mencerminkan keperibadian kita..tatasusila kita...tingkah laku kita...tabiat kita...jadi renung-renungkanlah diri kita...fikir tentang diri kita...bagaimana akhlak kita yang kita tunjukkan...

Akhlak nie banyak antaranya akhlak dengan ibu bapa , guru-guru , dalam berpakaian , pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan , ketika belajar dan sebagainya...

Pertamanya...saya sebagai remaja berasa sangat kesal dengan akhlak remaja kita sekarang ni...banyak remaja terjebak dengan gejala sosial...kenapa boleh berlaku sedemikian...???

ada pendapat mereka..segala aktiviti tersebut adalah untuk bersuka-suka sahaja..dan untuk menunjukkan mereka sudah dewasa..sudah bebas untuk melakukan segala apa yang mereka mahukan....
Maruah keluarga mereka akan tercemar begitu sahaja...
kita renung-renungkan balik...

Antara masalah remaja sekarang  ni (gambar bawah)...
ambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya..mudah-mudahan kita terlindung daripada amalan-amalan yang boleh merosakkan akhlak kita...INSYAALLAH..AMINN...




moga-moga kita dapat membetulkan diri kita ke arah lebih baik lagi dari sebelumnya..INSYAALLAH...mudah-mudahan...

Kata Hikmat Sahabat......

•Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti. •Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka. •Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. •Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk dengan orang baik adalah lebih baik daripada sendirian. •Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman, maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu. Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadai sahabat. •Tiadalah yang menyentuhkan engkau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang engkau tidak malu kepadanya. •Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat. •Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman. •Manusia yang paliang lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinnya. •Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya, maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya. Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya, seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya. Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya, seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya. •Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu. •Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita, kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat. •Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu. •Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu, kemiskinan menjadi penolaknya. •Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok. •Sahabat yang sebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal. •Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita, tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita. •Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat. • Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di lautan. Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut. •Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat. •Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh. •Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan. •Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain. •Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan, pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat. •Supaya engkau beroleh sahabat , hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang. •Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu. •Bila orang merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya, hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya. •Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab. •Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya. Kerana teman saling mencontohi. •Apabila orang soleh memandang akan orang fasik maka ia mendoakan "Wahai tuhanku, kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya

Monday, 23 May 2011

KEBANGGAAN KELUARGA... =)

Hari Sabtu lepas...21 MEI 2011..adikku AHMAD FAIZ HADI SUHAIMI...masuk ke UITM JOHOR...pilihannya selepas dapat result SPM..moga2 dia berusaha dengan lebih baik lagi dari sebelum ni...dan moga2 juga dia membuat pilihan yang tepat untuk masuk UITM tu...saya yakin dia boleh melakukannya...berdasarkan kemampuannya...saya amat berbangga dengannya...pemergian dia ke UITM membuatkan saya rasa sunyi jugak la..walaupun tiap2x hari gaduh kan...haha..biasalah adik beradik..lepas bergaduh baik-baik semula...sudah menjadi adat..haha..nie la dia adik lelaki saya tu (gambar atas)....gambar nie semasa dia mendapat anugerah kecemerlangan SPM...dia telah membuatkan keluarga berbangga..nampak senyuman terlukis di wajahnya..lebih-lebih lagi ibu bapa saya sekeluarga..TAHNIAH ADIK!!! (:

Sunday, 22 May 2011

PERMULAAN MEMBUAT BLOG... =)

Hari AHAD..bersamaan 22 MEI 2011..Ini kali pertama belajar membuat blog...masih baru lagi..masih berjinak-jinak lagi..hehe...hurm..
Hari nie nak berkongsi sikit la dengan anda semua..tentang diri kita sebagai Ummat Islam dan sebagai Hamba ALLAH...adakah kita tahu..dari mana asal usul kejadian kita???...
adakah kita tahu apa matlamat kita di atas muka bumi ALLAH ini??? adakah kita hidup di dunia ini untuk bersuka ria..bersenang lenang sahaja???..tapi kita kena ingat bahawa kita hidup di dunia ini adalah untuk menjalankan segala perintah ALLAH S.W.T..kita hidup ini mestilah ada matlamat dan tujuan (yang diredhoi oleh ALLAH)..jika tiada kedua-duanya..hidup kita seperti tiada apa-apa...tiada gunanya..bersama-sama kita fikir-fikirkanlah...kita tahu balasan di Akhirat nanti akibat daripada perbuatan segala dosa-dosa yang kita lakukan..segalanya sudah termaktub dalam Al-Quran...tetapi..kenapa kita masih tetap melakukannya lagi...????
kadang2 kita rasa macam tiada apa-apa dalam hidup kita...kerana apa??? kerana kita tidak berusaha untuk mencari rahsia di Muka Bumi ALLAH ini..tidak mencari Rahmat dari-NYA..
kadang2 terlantas di fikiran kita...adakah kita rasa sesuatu yang kita lakukan itu untuk saja-saja sahaja??? untuk menunjuk2x sahaja??? untuk mencari keredhoan ALLAH S.W.T..??? kita sahaja yang tahu....
apap-apa pun...setiap perkara tak kiralah semasa belajar k...semasa melakukan sesuatu kerja k...niat pertama sekali ialah Kerana ALLAH S.W.T...jadi renung-renungkanlah bersama...