Sunday, 29 May 2011

ADAB-ADAB DENGAN SAHABAT

Assalamualaikum .....dan selamat malam semua....Hari nie nak bercerita tentang ADAB-ADAB DENGAN SAHABAT..kadang-kadang kita rasa benda ni tak penting sangat dalam pergaulan dengan rakan-rakan kita...ye la...mungkin kita rasa sudah sangat rapat (kawan baik) dengan kita..kita boleh bergurau-gurau dengannya....

kadang-kadang kita bergurau melampaui batas...mungkin kita lihat rakan kita tu terima apa yang kita buat...
tetapi kita tidak tahu bagaimana hati dan perasaannya...oleh itu , jagalah akhlak dan tingkah laku kita untuk mengelakkan rakan kita itu berkecil hati , terasa hati , makan hati dan apa-apa sajalah yang melibatkan hati dan perasaan . kalau rakan kita mengajak kita lakukan perkara mungkar..itu barulah perlu untuk kita mengingkarinya...

kadang-kadang kita lihat..ramai rakan kita mengikut kehendak kawannya...sehinggakan dirinya rosak ke arah keburukan...alasannya kerana tidak mahu melukakan hati kawan mereka sedangkan perbuatan itu salah!!! jadi hari nie saya nak berkongsi sedikit tentang adab-adab dengan sahabat...
moga-moga kita semua dapat mengambil peringatan ketika bergaul dengan rakan-rakan nanti...

Pertama sekali saya nak sentuh tentang SYARAT-SAYARAT MEMILIH RAKAN...antaranya ialah BERAKAL...
kenapa??? kerana tiada faedah berkawan dengan orang dungu atau bodoh (jahil) , yang mungkin membawa kebahayaan kepada kita...

Selain itu mestilah BERAKHLAK MULIA..berkawan dengan orang yang berakhlak buruk dan keji akan menyebabkan kita terpengaruh dan terikut-ikut akan tingkah lakunya . kadang-kadang kita lakukan juga kerana untuk menjaga hati kawan semata-mata...itu salah!!!

Akhir sekali BERTAQWA..Orang yang tiada perasaan "khasyatulla" (takutkan Allah) dalam dirinya , akan berani melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah . Oleh itu..hidup kita tidak akan sempurna daripada perbuatan jahat dan gangguannya...

Keduanya..barulah saya nak sentuh pasal ADAB-ADAB DENGAN SAHABAT....

pertama , hendaklah kita terlebih dahulu memberi salam apabila bertemu dengan sahabat kita dan bersalaman dengannya.....

kedua , sekiranya rakan kita sakit , hendaklah kita menziarahinya . Ketika berziarah perlulah kita mendoakan agar cepat sembuh dan elakkan terlalu lama ketika menziarahinya .

ketiga , apabila mereka meninggal dunia hendaklah kita menziarahinya dan mengiri jenazahnya hingga ke tanah perkuburan

keempat , hendaklah melaksanakan janji-janji dan sumpahnya yang belum terlaksana , selagi mana sumpahya itu tidak bertentangan dengan syari'at .

kelima , hendaklah kita melakukan sesuatu perkara yang disukainya

keenam , hendaklah kita sentiasa menolong dan membantunya sekiranya dia memerlukan

ketujuh , janganlah kita menyakiti atau membuat sesuatu yang tidak disukainya , apatah lagi buli kerana Islam melarang kita melakukan kekerasan sesama Islam .

kelapan , hendaklah kita menghormatinya jangan membangga diri terhadapnya

kesembilan , janganlah kita meninggalkannya atau memulaukannya lebih dari tiga hari , sekiranya ada masalah dan saling bermasam muka , maka cara yang terbaik ialah saling bermaaf-maafan .Orang yang memulakan pergaduhan tersebut perlulah meminta maaf terlebih dahulu

kesepuluh , jangan kita sama sekali mengumpat , menghina dan memperkecil-kecilkannya

kesebelas , jangan kita mencela ,mencemuhnya semasa hidupnya atau setelah meninggal dunia

kedua belas , jangan kita berperasaan hasad dengki , iri hati serta mencari-cari kesalahan atau keburukan rakan kita

ketiga belas , jangan kita menipu serta mengkhianatinya ketika bergaul dengan mereka terutamanya dalam urusan seharian seperti jual beli dan sebagainya

keempat belas , sekiranya kita berhutang dengannya hendaklah menjelaskannya dengan segera

kelima belas , hendaklah kita memuliakan kawan yang lebih tua daripada kita dan mengasihani yang lebih kecil

akhir sekali , sekiranya sahabat kita berbuat baik , berilah ganjaran yang setimpal , sekurang-kurangnya ucapan terima kasih atau mendoakan kebaikan untuknya . Memaafkannya sekiranya mereka melakukan kesilapan

Itu saja yang dapat saya kongsikan untuk hari nie..moga-moga kita dapat mengharunginya dengan baik dan jagalah akhlak dan adab-adab kita ketika bergaul dengan sahabat...topik hari ini bukan untuk ditujukan kepada sesiapa..sama ada hidup atau mati..tetapi untuk semua ( Ummat Islam ) serta saya sendiri...
Salam'Alaik (;

No comments:

Post a Comment