Friday, 27 May 2011

kewibawaan Naqib/Naqibah

Assalamualaikum wbt..dan selamat malam semua.....Hari nie nak berkongsi sedikit tentang kewibawaan seorang Naqib/Naqibah...apa makna Naqib/Naqibah???

sebagai contoh la...semasa kita dekat sekolah...kita dilantik untuk menjadi Naqib/Naqibah...diberi kumpulan untuk memimpinnya...tanggungjawabnya sangatlah berat...amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh guru-guru kita amatlah tinggi...bukan senang untuk mengajak anak-anak buah kumpulan kita untuk bersama-sama menjayakan sesi Usrah dengan ahli kumpulan...Naqib/Naqibah nie mestilah pandai untuk menarik minat ahli kumpulannya untuk tidak leka,tidak boring ketika sesi tersebut dijalankan...pelbagai cara dapat kita buat untuk menarik minat ahli kumpulan antaranya tidak terlalu fokus dengan topik yang hendak ditujukan kepada mereka , mengajak mereka berkongsi pendapat/masalah yang dihadapi agar kita dapat bersama-sama membantu menyelesaikannya dan bnyak lagi cara lain sebenarnya..mengikut cara Naqib/Naqibah itu sendiri..

Kita selalu dengar kewibawaan seseorang pemimpin amatlah penting...apa maksud wibawa tu??? wibawa itu bermaksud kekuasaan dan keupayaan yang membolehkan seseorang menguasai atau mengarah orang atau menerbitkan pengaruhnya...maksud di sini bukanlah kita mengarah,menguasai sepenuhnya serta menindas ahli kumpulannya kerana ketuanya itu sendiri perlu bersama-sama membantu menyelesaikan segala hal , masalah dan urusan yang dihadapi ahli kumpulannya...oleh itu mereka(ahli kumpulan) akan memandang tinggi kepada kita...niat seseorang ketua mestilah kerana ALLAH S.W.T..bukanlah berniat untuk mendapat nama , untuk menunjuk-nunjuk semata-mata...itu SALAH!!

ANTARA KEWIBAWAAN NAQIB/NAQIBAH antaranya ialah pertamanya menyampaikan dakwah kepada manusia..

kedua menggilab jiwa manusia (zikir,banyakkan puasa,bersedekah,dll)..ketiga mengajar manusia Al-Kitab(Al-Quran) dan Al-Hikmah (Sunnah Nabi)..dan akhir sekali mengalih kegelapan kejahilan kesesatan dari sinaran keilmuan...ciri-ciri kewibawaan di atas perlulah ada pada seseorang pemimpin..Insyaallah..kita dapat menjayakannya dengan mengamalkan ciri-ciri di atas..Insyaallah..

Kita dipilih menjadi Naqib/Naqibah ini adalah kerana mendapat kepercayaan daripada guru-guru kita...
guru-guru kita memandang dari segi keperibadian sahsiah dan akhlak seseorang itu...setiap kelakuan kita mencerminkan keperibadian seseorang...

Antara AKHLAK seseorang Naqib/Naqibah ialah pertama merendah diri dan ada perasaan malu..biasalah Naqib/Naqibah juga adalah INSAN BIASA..mesti ada kesalahan yang kita lakukan..jadi seseorang itu mesti merendah diri dalam setiap perkara yang kita lakukan..

kedua, menjauhkan diri daripada perkara haram dan syubhat...cuba kita bayangkan..jika seseorang Naqib/Naqibah melakukan perkara salah satu kesalahan tersebut..adakah ahli-ahlinya akan memandang tinggi kepadanya????mestilah tidak....

ketiga, menjaga lidah . ketika kita sedang menjalankan sesi Usrah...Naqib/Naqibah perlulah menjaga lidah supaya tidak terkeluar kata-kata yang kurang sopan agar tidak memalukan/mengaibkan/menjatuhkan ahli-ahlinya...

keempat, Muhasabah dan Muraqabah(rasa dirinya diawasi oleh ALLAH) dari ahli-ahlinya serta Naqib/Naqibah itu sendiri....sama-samalah mengajak ahli-ahlinya renung-renugkan asal-usul kejadian kita dan fikir kembali segala kesalahan-kesalahan yang dilakukan selama ini untuk diperbaiki kearah yang lebih baik..Insyaallah..



Hurmm..itu saja untuk hari ni..moga-moga kita dapat bersama-sama mengamalkannya jika suatu hari nanti kita bakal menjadi pemimpin...pemimpin ni banyak antaranya sebagai suami,sebagai isteri,dalam kerjaya dan pelbagai lagi...jadi cukup disini saja ya...Insyaallah saya akan berkongsi lagi maklumat lain...Insyaallah..Assalamualaikum... (: 

No comments:

Post a Comment